Setelah beberapa hari di wad, lebih kurang mula hari keempat saya sudah mula mengambil tahu kisah sekeliling. Saya sudah mula bergaul dengan pesakit lain. Pesakit kebanyakannya tidak dapat berkomunikasi biasa. Lebih kepada 1 arah komunikasi. Ada kisah kelakar dan kasihan. Macam-macam berlaku. Ada masa saya boleh tergelak bila teringat kisah yang berlaku bersama pesakit lain.

Kakak H (pesakit) seorang yang sangat pendiam. Jika dia tak kenal dan tak selesa dengan seseorang dia akan diam dan jika membalas dia akan menggunakan bahasa isyarat. Kakak H perlu dibantu dari segi kebersihan dan kekemasan diri. Semasa saya bersama kakak H, ketika waktu makan. Saya dapati kakak H selalu selepas beberapa suap akan muntah dan terus berhenti makan. Ini menyebabkan kakak H selalu lapar dan akan makan sesiapa sahaja punya makanan jika dia nampak. Suatu hari saya duduk sebelah kakak H. Saya cakap dengan Kakak H “Mari kita makan sama-sama. Kakak H ambil nasi sedikit kemudian kunyah lama-lama macam saya”. Kakak H angguk kepala. Sejak hari itu, saya akan makan disebelahnya. Itulah sebenarnya cara untuk selesaikan masalah muntahnya. Semenjak hari itu,Kakak H tidak lagi muntah dan tidak lagi mengambil makanan pesakit lain. Malah Kakak H pernah cakap yang dia kenyang apabila ada orang menawarkan makanan kepadanya. Kakak H hanya perlu diajar cara makan yang betul. Bagi orang biasa ini perkara remeh tetapi bagi pesakit ini merupakan perkara yang perlu dibimbing. Kakak H juga saya perasan seluarnya selalu basah. Saya hanya perlu ingatkan kakak H agar menggantungkan seluar di pintu setiap kali berada di tandas. Saya juga pernah mengingatkannya umur sebenar kerana apabila orang tanya dia akan memberitahu umur yang salah.

Kakak B (pesakit) seorang yang selalu menangis. Hatinya sensitif. Setiap hari Kakak B akan bersalam dengan semua orang dan selalu menyanyi dan berzikir. Kakak B juga selalu termenung. Sewaktu makan saya akan tegur Kakak B untuk makan. Pada waktu lain saya akan ajak Kakak B untuk masuk ke bilik semasa waktu melawat kerana Kakak B akan bersalam dengan semua pelawat dan mengajak makan apabila waktu makan. Ada masa saya akan cuba berbual dengannya dan apabila Kakak B berzikir saya akan ikut berzikir bersama. Kakak B suka apabila saya melayannya. Sewaktu saya keluar wad, Kakak B peluk dan cium pipi dan melambai ke arah saya. Saya hanya mampu memesannya agar mengikut arahan doktor. Kita hanya perlu bersamanya untuk menghiburkannya. Saya dan pesakit lain suka mengajak Kakak B makan bersama jika ada saudara mara atau kawan yang datang melawat membawa makanan. Kisah Kakak B yang paling saya tak boleh lupakan ialah Kakak B membuka ikatan pesakit lain. Apabila saya bertanya mengapa Kakak B membuka ikatan pesakit lain, Kakak B menyatakan yang dia kasihan mereka diikat dan berasa bosan jika saya dan seorang pesakit lain tiada bersamanya.Perlu diingatkan kami semua berada di bawah pengaruh ubat.Kebanyakan ubat yang diberi mengantuk. Ada masa kami banyak tidur di waktu siang. Bila teringat kisah Kakak B membuka ikatan pesakit lain, saya mesti tergelak. Jika pesakit tersebut bertindak ganas apa yang akan berlaku kepada kami semua. Kakak B juga akan berzikir juka dia tidak faham apa yang saya dan kakak F borakkan.

Adik A (pesakit) pula seorang yang pendiam. Kami banyak masa bersama berada di bilik dan di ruangan menonton TV. Adik A lebih selesa kalau berada di mana-mana berteman. Adik A suka berkongsi makanan. Adik A masuk hari yang sama dengan saya tetapi dia keluar dari wad lebih awal dari saya.

Kakak F (pesakit) saya berjumpa dengannya setelah seminggu berada di wad. Kakak F sangat peramah orangnya. Dengan Kakak F saya dapat berborak seperti orang biasa. Kami selalu berada dimana-mana bersama.Hanya dengan Kakak F saya dapat bergelak ketawa. Kami banyak bercerita tentang masalah kami yang hampir sama.

Kakak J (pesakit) selalu berada di ruang makan dan selalu mencari barang-barang di dalam tong sampah.Pernah satu hari, dia memakan sisa makanan dari dalam tong sampah.Kakak J juga pernah terjumpa mancis dan menyebabkan bilik berbau hangit. Kakak J juga selalu mengumpul barang-barang yang dijumpai dari tong sampah.

Kakak S pula sewaktu datang ke wad diikat. Keesokannya dilepaskan. Kakak S sentiasa berada berdekatan dengan pintubersedia untuk melarikan diri dari wad.Kakak S pendiam orangnya.

 

Advertisements

Author: Cik Kosong

Seorang wanita yang ingin berkongsi kisah hidup sebagai pesakit major depressive disorder with borderline personality trait

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s