Saya menerima rawatan di wad secara sukarela. Pada minggu dan hari tersebut, saya semakin kerap rasa ingin membunuh diri. Malah pada satu hari, saya mendengar suara saya bertanya bila hendak membunuh diri. Walaubagaimanapun, saya masih mampu untuk menahan diri saya dari membunuh diri. Seolah-olah ada 1 pihak yang menyuruh saya membunuh diri dan ada 1 pihak lagi yang melarang saya membunuh diri kerana ianya perbuatan yang dikutuk oleh agama. Ada seketika rasa untuk membunuh diri terlalu kuat seperti gian yang tidak dilepaskan lagi. Ada masa saya bermimpi saya terjun dari jambatan dan bangunan dan bermimpi saya memandu kereta dengan rakus dan saya dengan senga terjun gaung. Saya tidur tidak lena sudah lebih dari 2 tahun. Saya sentiasa rasa letih dan tidak bermaya. Aktiviti harian saya rasakan 1 bebanan untuk melakukannya.

3 hari pertama di wad, saya masih memendam perasaan saya. Saya rasakan tiada sesiapa yang boleh membantu dan tiada jalan penyelesaian bagi masalah saya. Saya juga tidak dapat fokus apa yang saya lakukan seperti menonton cerita di TV dan membaca buku. Saya tidak boleh fokus dan memahami apa yang saya lihat dan buat. Saya juga tidak selera makan. Saya makan hanya untuk mengenyangkan perut. Saya banyak berdiam dan tidak menghiraukan sesiapa yang ingin berbual dengan saya. Saya juga merasa takut dan bimbang kerana saya tidak mengenali dan memahami pesakit lain di sini. Saya rasakan diri saya akan diancam kerana saya tidak mengenali pesakit lain. Saya hanya membiarkan sahaja apa yang berlaku di wad.

Hari ke 4 – 10, saya mula merasa sedih dengan apa yang telah terjadi kepada saya. Saya menangis setiap kali selepas waktu solat selama seminggu. Ada seketika masa saya ingin menjerit sepenuh hati. Saya rasa kecewa dan terpinggir. Kawan-kawan sekerja melawat saya setiap hari. Saya akan berborak dengan kawan-kawan sekerja saya. Semenjak hari ke 4 juga saya telah mula ingin berborak dengan doktor praktikal dan pesakit lain. Saya juga mula rasa lebih tenang. Walaubagaimanapun, saya masih tidak tidur lena dan tiada selera makan dan tidak boleh fokus. Saya juga sentiasa rasa serabut dalam fikiran. Selama berada di wad saya hanya mampu membaca 14 mukasurat buku sahaja. Saya sentiasa terlibat dengan aktiviti yang dijalankan oleh jurupulih carakerja. Saya rasa seronok dapat turut serta.

Saya juga telah mula memerhati orang sekeliling. Saya mula membantu pesakit lain kerana pesakit lain lebih teruk keadaan dari saya. Saya masih mampu menjaga diri sendiri. Pesakit lain ada yang tidak mampu menjaga kebersihan diri dan tidak ingat maklumat diri dan keluarga. Saya rasa bersyukur kerana jika dibandingkan dengan pesakit lain, saya rasakan saya hanya sedikit diduga. Saya rasa seronok dapat membantu kakak-kakak dan adik (pesakit). Ini juga salah satu cara saya mengisi masa. Untuk pengetahuan, saya merupakan salah seorang penggerak suatu sukarelawan di Malaysia. Mungkin memang sifat saya suka membantu orang yang memerlukan walaupun sedikit bantuannya.

Masyarakat perlu ingat bahawa pesakit mental masih mempunyai perasaan. Jangan dipandang rendah pesakit mental. Saya juga membahasakan saya sebagai adik kerana kebanyakan pesakit di wad lebih tua dari saya. Saya akan bercakap menggunakan nada lembut dan mesra. Mereka adalah ibu/kakak/adik/saudara orang lain di luar sana. Saya juga perasan apabila mereka ada masalah, mereka lebih selesa meminta bantuan saya dari meminta bantuan dari jururawat. Masyarakat perlu ingat, masalah yang dihadapi oleh pesakit mental sebenarnya perkara mudah bagi orang biasa. Tetapi bagi pesakit mental ianya sesuatu yang sukar seperti memakai selipar, pakaian, mengemas diri malah untuk makan juga.

Ibu dan kakak saya datang melawat saya pada hujung minggu. Kali pertama mereka datang melawat, saya hanya mendiamkan diri. Dalam hati saya masih membuak rasa sedih dan tidak selesa berjumpa mereka. Separuh hati saya tidak ingin berjumpa mereka. Setelah meraka balik, saya menangis teresak-esak.Saya masih teringat apa yang mereka lakukan kepada saya. Hari kedua mereka datang melawat, saya mula bercakap sedikit dengan ibu saya. Walaubagaimanapun, kakak saya bercakap kasar dengan saya. Pada malam tersebut saya menangis teresak-esak dan saya rasakan saya hanya akan keluar wad dengan ahli keluarga yang lain. Saya tidak boleh menerima layanan mereka kepada saya.

Setelah hampir 2 minggu di wad, saya mula rasa hendak keluar dari wad. Saya pernah memohon untuk keluar wad dari doktor tetapi doktor tidak melepaskan saya kerana keadaan saya masih teruk.

Pada malam kedua selepas ibu dan kakak datang melawat, saya berjumpa dengan doktor. Saya memohon agar menghubungi ahli keluarga yang lain iaitu mak saudara saya. Saya rasakan saya akan kembali sakit jika saya tinggal semula bersama ibu. Saya membuat keputusan tinggal bersama mak saudara. Keesokan harinya mak saudara saya datang dan berjumpa dengan pakar. Saya dibenarkan keluar wad bersama mak saudara saya. Sehingga kini saya tinggal bersama mak saudara saya dan saya rasa selesa dan gembira bersama beliau.

 

Advertisements

Author: Cik Kosong

Seorang wanita yang ingin berkongsi kisah hidup sebagai pesakit major depressive disorder with borderline personality trait

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s