Seminggu selepas keluar wad

Saya masih tidak boleh fokus dan tidur lena beberapa hari selepas keluar wad. Saya mengisi masa lapang dengan mewarna buku mewarna enchanted forest. Saya masih lagi tidak faham apa yang saya tonton. Saya lebih banyak berehat kerana saya rasa letih dan lemah. Saya rasakan amat berat untuk melakukan aktiviti harian. Apabila saya terlalu fikir mengenai famili saya, ada seketika saya masih terfikir untuk membunuh diri. Saya cuba untuk melupakan tetapi tetap bermain di fikiran saya.

Saya banyak berhubung dengan kawan-kawan baik saya. Saya rasa lega selepas bercerita dengan kawan-kawan baik saya. Setiap hari saya akan berhubung dengan kawan baik saya. Ada masa saya masih rasakan yang saya keseorangan. Saya cuba kuatkan semangat. Kawan-kawan baik saya juga memberi sokongan kepada saya. Saya juga bercerita dengan mak saudara saya apa yang saya rasa. Mak saudara saya banyak memberi sokongan dan dorongan kepada saya. Jika difikirkan semula orang yang lukakan hati saya hanya beberapa orang sahaja. Masih ramai yang menyayangi saya. Ada masa saya terbangun dari tidur waktu tengah malam, saya terkejut saya berada di rumah mak saudara. Saya ingatkan kepada diri saya yang sekarang sudah berbeza.

Saya jauhkan diri saya dari famili saya tetapi adik beradik saya masih mengganggu saya. Mereka tidak bertanyakan khabar kesihatan saya tetapi sebalknya menyuruh saya balik ke rumah seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku. Mereka pernah mngatakan kepada mak saudara saya yang saya hanya meminta perhatian seperti budak kecil dan tidak perlu mengambil serius apa yang telah terjadi kepada saya. Saya tidak membalas sebarang telefon dan mesej dari adik-beradik saya. Saya membiarkan sahaja mereka menulis macam-macam kepada saya. Saya menganggap jika saya membalas pun tiada perubahan akan berlaku. Ada masa kata-kata adik-beradik memberi kesan kepada saya. Saya rasa sedih dan kecewa kerana mereka mementingkan diri sendiri dan hanya ingin mengambil kesempatan dari saya. Saya banyak ingatkan diri saya yang hanya Allah boleh menilai kita dan masih ramai lagi orang yang berada disamping saya.

Advertisements

Author: Cik Kosong

Seorang wanita yang ingin berkongsi kisah hidup sebagai pesakit major depressive disorder with borderline personality trait

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s