Dua minggu selepas keluar wad

Saya pergi ke sebuah pusat peranginan bersama kawan baik saya. Saya masih lagi rasa sakit kepala, letih dan susah fokus. Saya berehat dan berjalan-jalan ke tempat menarik sekitar tempat peranginan tersebut. Saya juga mengambil peluang bergambar dan mengambil gambar pemandangan. Tempat yang kami lawati sangat cantik dan mendamaikan.

Beberapa hari kemudiannya, saya pergi ke rumah kawan baik saya. Saya bermalam di sana. Kami menghabiskan masa berbual dan berjalan-jalan.

Walaubagaimanapun selepas melawat kawan-kawan, saya demam,batuk dan selesema teruk selama seminggu. Tidur tidak lena dan rasa sakit-sakit badan. Saya banyak berehat di rumah. Saya masih diganggu oleh adik-beradik dan ibu saya. Saya tidak menghiraukan mesej yang saya terima dari mereka. Saya rasa sedih dan kecewa kerana mereka tidak memberi peluang langsung untuk saya berehat. Doktor ada menasihati mereka supaya memberi ruang dan peluang kepada saya. Tetapi mereka tidak menghiraukan pesanan doktor dan permintaan saya.Mereka langsung tidak bertanya khabar. Mereka hanya menyuruh saya balik ke rumah.

Advertisements

Author: Cik Kosong

Seorang wanita yang ingin berkongsi kisah hidup sebagai pesakit major depressive disorder with borderline personality trait

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s