Sebulan kemudian

Saya kembali bertugas, saya lebih banyak berada di bilik sendiri dan melaksanakan tugas yang diberikan kepada saya. Saya masih tidak selesa untuk berborak dan memantau staf di bawah saya dan pelajar latihan industri. Saya datang awal kerana saya selesa selesai sarapan pagi sebelum waktu bertugas dan saya balik tepat pada waktu.

Saya masih tidak dapat fokus sepenuhnya dan saya mengambil masa untuk membuat keputusan. Saya mendapat sokongan dari ketua saya dan kawan-kawan sekerja. Saya suka dapat bertugas kembali. Saya rasa seronok bekerja kerana saya meminati bidang yang saya ceburi. Kerja saya agak mencabar tetapi saya anggap itu sebagai cabaran yang saya perlu hadapi. Saya lebih suka bekerja kerana saya dapat mengalih perhatian saya dari mengingati perkara-perkara yang sedih.

Saya masih diganggu oleh famili saya, maka saya mengambil keputusan menyekat nombor telefon famili saya. Ini sahaja cara agar saya mendapat ruang. Saya rasa serabut apabila mengingati famili saya. Malah saya mula bermimpi buruk dan tidak lena tidur dan ada seketika saya rasa ingin membunuh diri. Ianya sangat mengganggu saya. Saya banyak meluahkan perasaan saya kepada kawan baik saya. Saya juga mengisi masa dengan mewarna dan membaca buku.

Advertisements

Author: Cik Kosong

Seorang wanita yang ingin berkongsi kisah hidup sebagai pesakit major depressive disorder with borderline personality trait

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s