Saya sangat rapat dan manja dengan arwah ayah saya. Saya akan dapat apa yang saya minta dari beliau. Arwah ayah saya juga akan memberikan duit dan sebagainya dengan mudah tanpa saya meminta pun. Saya cemerlang dalam pelajaran berbanding dengan adik-beradik yang lain. Sekiranya saya bergaduh dengan adik-beradik, ayah saya akan membela saya.

Kakak saya pernah menyatakan yang beliau suka setelah arwah ayah meninggal dunia maka tiada siapa yang membela saya lagi. Hubungan saya dan ibu baik. Walaubagaimanapun, ibu saya sentiasa membela adik-beradik saya yang lain. Sentiasa mendengar kata-kata adik-beradik yang lain. Kakak saya suka mengambil duit saya dan jika meminjam, dia tidak akan memulangkannya.

Setelah kehilangan arwah ayah, saya menanggung ibu dan abang saya. Abang saya masih belajar. Saya lebih awal bekerja berbanding abang saya. Walaupun ibu saya sentiasa membela adik beradik yang lain, saya tetap menanggung segala perbelanjaan ibu saya.Saya juga kerap balik ke kampung dan saya lebih banyak mengambil cuti untuk menjaga ibu ketika dia sakit. Adik beradik yang lain banyak melepaskan tanggungjawab menjaga ibu.

Ibu saya selalu memarahi saya dan membiarkan sahaja adik-beradik lain. Sekiranya ibu tidak berpuas hati denga adik-beradik yang lain, ibu tidak menyatakannya kepada adik beradik sebaliknya meluahkan kepada saya. Saya ada menyatakan kepada adik beradik yang lain tetapi tidak diendahkan kerana kata-kata itu datangnya dari saya dan bukannya dari ibu. Sekiranya saya sakit, ibu menyatakan yang saya malas dan hanya hendak berehat. Sebaliknya jika adik beradik yang sakit,ibu akan menyuruh mereka berehat,bertanya keadaan, mencarikan ubat dan menyuruh ke klinik. Ibu juga menunaikan permintaan adik-beradik yang lain, ada masanya permintaan itu sangat melampau seperti meminta duit untuk pergi ke luar negara dan meminta ibu memasak sarapan dan bukannya mereka hendak membantu ibu. Ibu saya hanya membiarkan sahaja. Saya pernah menegur adik-beradik tetapi sebaliknya saya dimarahi oleh ibu.

Sekiranya adik-beradik memerlukan duit atau memerlukan saya untuk cuti, saya akan melakukannya untuk membantu adik-beradik saya. Tetapi apabila saya sangat-sangat memerlukan bantuan, adik-beradik yang lain tidak menghiraukan saya. Kawan -kawan saya yang lain yang sanggup cuti dan membantu saya. Ibu saudara saya juga membantu saya.Kakak saya juga sentiasa menengking saya. Dia pernah berkata yang dia cemburukan saya kerana saya mempunyai kerja yang bagus dan saya tidak mempunyai masalah kewangan. Saya cuba untuk berbaik dengan adik-beradik, tetapi adik beradik tidak menjaga hati saya.Malah jika saya bersuara, ibu dan adik-beradik tidak menghiraukan saya. Saya tidak mempunyai masalah dengan saudara-mara. Malah ibu saudara saya sedar perbezaan layanan yang diberikan oleh ibu saya. Ibu saudara pernah menegur ibu dan adik-beradik yang lain,tetapi mereka tetap tidak berubah. Ibu saudara saya banyak kali memberitahu saya, saya boleh tinggal di rumah mereka bila-bila masa sahaja. Mereka memahami apa yang saya lalui. Saya banyak beralah dengan famili. Semakin lama saya semakin tertekan. Saya pernah mengadu kepada abang saya sebaliknya menjadi pertengkaran.

Advertisements

Author: Cik Kosong

Seorang wanita yang ingin berkongsi kisah hidup sebagai pesakit major depressive disorder with borderline personality trait

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s