Hari Jumaa adalah hari paling santai tuk bekerja.Alhamdulillah malam semalan dan subuh tadi hujan.Kalau tidak memang panas. Hari malam pun boleh lagi makan aiskrim dan minum air sejuk.Apabila masuk hari jumaat, buat kerja ikut keselesaan masa sendiri dan mula berfikir rancangan hujung minggu.Saya rasa macam nak jalan-jalan di pusat membeli-belah berhampiran dengan rumah. Saya suka shopping walaupun tidak berteman. Pagi esok dan lusa saya dan ibu saudara akan beriadah, jalan-jalan di tasik hampir 3km sebanyak 2 kali pusingan dan lalu atas laluan berbatu untuk kaki. Pedih juga la kaki tapi bila malam memang lena tidur.

Hari ini adalah hari terakhir praktikal bagi 2 orang pelajar latihan industri di unit saya. Kami ada membeli hadiah dan ada sedikit jamuan ringan sebelah petang. Pelajar praktikal ni banyak membantu unit kerana staf di unit ini tidak ramai tetapi kerja yang terpaksa ditanggung banyak. Saya selalu membawa pelajar praktikal belanja makan tengahari. Saya rasa ini sahaja cara saya menghargai kerja mereka. Mereka tidak mendapat sebarang elaun sepanjang praktikal di sini. Ada masa saya rasa terharu, mereka mengumpul duit untuk belanja saya makan.Walaupun saya tolak niat baik mereka,tetapi mereka berkeras untuk belanja saya makan.Mereka rasa segan sebab saya kerap belanja mereka makan. Saya juga niat untuk membantu mereka kerana ada yang datang dari keluarga susah. Saya selalu memesan mereka agar mereka belanja pelajar praktikal di tempat mereka bakal bekerja nanti. Walaupun kecil apa yang saya lakukan, mereka sangat menghargai. Setelah habis praktikal, masih ada yang menghubungi saya untuk bertanya khabar.

Ada seketika saya masih teringat kepada ibu saya, tetapi demi kebaikan diri sendiri saya menjauhkan diri. Saya tidak mahu merosakkan diri saya sendiri. Saya sudah lama memendam rasa dan beralah. Doktor juga pesan agar saya jaga diri sendiri sahaja demi pemulihan saya.

Advertisements

Author: Cik Kosong

Seorang wanita yang ingin berkongsi kisah hidup sebagai pesakit major depressive disorder with borderline personality trait

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s