Dua hari ni saya agak sibuk dengan kerja. Pelbagai tugas saya selesaikan.Saya semakin selesa berborak dengan staf dan pelajar praktikal. Saya cuba positifkan fikiran saya setiap kali saya rasa sedih.Minggu ni memang minggu mood sedih dan tiada semangat. Di pejabat memang tiada masa untuk sedih.kerja…kerja…kerja. Seronok tengok gelagat pelajar praktikal, masih cuba menyesuaikan diri dengan kerja-kerja yang ditugaskan buatkan saya teringat masa saya praktikal.

Semalam mak saudara sampaikan kepada saya yang mak saya rindukan saya dan minta balik ke rumah. Kakak saya belikan saya brooch dan rantai pearl. Saya dah tak ada mood nak fikir pasal famili saya. Merimaskan fikiran saya. Tiada perubahan dari segi kelakuan dari famili saya buatkan saya rasa tidak berguna untuk saya mendekati famili saya kerana akhirnya yajng kecewa adalah saya. Saya tidak mahu rasa bergantung kepada famili saya kerana selama ini sebenarnya mereka yang banyak bergantung kepada saya. Lebih baik saya bergantung kepada Yang Maha Esa dan hanya Allah sahaja yang layak untuk menilai baik dan buruk kelakuan saya.Lebih baik saya tumpukan fikiran dan usaha saya membantu anak-anak yang memerlukan sokongan dari segi bantuan perubatan dan bekalan makanan. Membantu gerakan yang memerlukan sokongan dari saya dan orang ramai.

Esok ada temujanji doktor untuk masalah reflux esophagitis. Semasa menaip ini saya tengah kelaparan.Bila la pantry nak kosong ni. Tadi saya tumpang order makanan bersama pelajar praktikal.Kami order nasi kukus seberang pejabat. Hari ini saya tak sempat siesta pun. Mata dah mengantuk dan perut pun lapar ni. Ok la.roger and out šŸ˜‰

Advertisements

Author: Cik Kosong

Seorang wanita yang ingin berkongsi kisah hidup sebagai pesakit major depressive disorder with borderline personality trait

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s