Alhamdulillah kenyang perut hari ni. Pagi alas perut mkn sandwich,pukul 10am ada jamuan ringan di pejabat makan pulut kuning dan gulai ayam,tengahari pula bawa kawan-kawan boss makan gulai patin tempoyak di bandar. Bawa orang jauh merasa makanan terkenal di sini.Nampaknya kawan boss berpuas hati makan ikan patin gulai tempoyak siap bungkus untuk di bawa balik. Penuh perut.Ingat pesanan doktor makan sikit tapi kerap sebab reflux esophagitis.tapi hari ini makan kerap dan banyak. Hari ini berjaya siapkan sistem,boss pun berpuas hati dan harap pengguna juga berpuas hati. Petang ini nak tengok sistem lain pula. Cabaran kerja di sini memang menggunakan kemahiran saya sepenuhnya. Agak berbeza dengan tempat bertugas dahulu, saya bekerja sambil belajar kerana saya terlibat dengan bidang lain walaupun masih dalam kumpulan yang sama. Ada ketika bila lapang sedikit masih teringat kisah sedih. jadi saya cepat-cepat fikir perkara lain bak kata doktor kena alihkan perhatian kepada perkara lain.Ianya mudah dikata dari melakukannya. Walaubagaimanapun saya cuba untuk berubah. Boss dan rakan sekerja dan kawan-kawan banyak memberi sokongan kepada saya.Saya bersyukur kerana masih ramai yang mengambil berat terhadap saya. Saya kena berusaha untuk berubah demi kesihatan saya juga. Tak mahu lagi putus harapan dan rasa tiada semangat.Sekarang saya rasa saya semakin bertenaga berbanding dahulu.Doakan kesihatan saya yea

Advertisements

Author: Cik Kosong

Seorang wanita yang ingin berkongsi kisah hidup sebagai pesakit major depressive disorder with borderline personality trait

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s