Minggu ini masih puasa ganti.Saya rasa pancit (letih) dan mengantuk hari ni. Waktu rehat tadi tertidur sampai pukul 2.30 pm.Lena tidur walaupun tidur dekat meja je. Hari ini bila scroll facebook asyik nampak gambar kek batik je. Kek kegemaran saya.Saya selalu buat kek ini hujung minggu atau apabila ada jamuan di pejabat. Tengahari tadi saya menangis sedikit tiba-tiba teringat apa yang adik beradik kata kepada saya. tapi saya sekejap je rasa sedih.Kalau berbanding sebelum ini susah untuk saya hilangkan kesedihan. Sudah mula ada perubahan dalam diri saya. Ada masa terasa macam tak mahu makan ubat tapi saya disiplinkan diri untuk makan ubat seperti arahan. Saya juga banyak fikirkan aktiviti yang saya suka dan di pejabat saya fokus kepada kerja. Saya juga sudah boleh membaca banyak muka surat buku dengan cepat.Balik kerja nak cari kek la.Semalam asyik tengok gambar kek je. Semalam tak dapat beli sebab jalan sesak selama sejam dan hujan dan saya membeli makanan di pasar malam.Hari ini nak beli kek dan tengok nasi ayamas. Dah lama tak tengok berat.2 minggu lepas berat saya naik 3kg. Saya selera sangat makan sekarang. tak tahu samada sebab ubat atau tidak. Nanti saya nak tengok gym di bandar untuk saya serta kelas zumba dan yoga.Harap ada kelas yoga.Saya suka yoga sebab jika saya sakit atau lenguh badan,yoga dapat hilangkan rasa sakit jika saya buat sekurang-kurangnya 3 hari berturut-turut. Satu yang saya perasan, saya makin mudah untuk senyum. Bukan senyum yang dibuat-buat. Saya rindukan saya yang dahulu yang sentiasa ceria. Saya akan cuba dapatkan saya yang dahulu.

Advertisements

Author: Cik Kosong

Seorang wanita yang ingin berkongsi kisah hidup sebagai pesakit major depressive disorder with borderline personality trait

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s