Hampir sebelas hari saya tidak update blog. Minggu lepas saya kursus.Minggu ni baru masuk kerja semula.Hari ini hari mata juling tengok coding.Ada survey online yang perlu disiapkan segera.cabaran bekerja sebagai orang it.user maklumkan lambat tapi perlu disiapkan dalam masa yang singkat.Apa-apapun saya suka kerja saya.Semalam temujanji dengan dr psy & dr mopd untuk darah tinggi.Semasa temujanji dengan dr psy, saya diberikan penilaian positive emotion.Walaubagaimanapun keputusan rendah.Doktor kata saya masih tidak banyak perubahan.Jujur saya cakap apabila saya digangu oleh famili atau ada sesiapa berkata tentang famili saya akan rasa sangat down. Saya kecewa dan saya kene telan pahit yang perangai manusia tidak boleh diubah.Apa yang saya boleh buat teruskan hidup saya.Masih ada saudara dan kawan yang mengambil berat tentang saya.Dua tiga hari yang lepas saya rasa down sampai ada masa saya ingin mati sahaja.Saya rasakan dengan mati saya akan tenang.saya rasakan itu sahaja jalan terbaik. Doktor banyak memberi kata semangat kepada saya tetapi untuk laksanakannya susah bukan seperti semudah berkata-kata.Saya mahu gembira tetapi seperti ada sesuatu yang menghalang saya.Saya tidak dapat gambarkannya.Saya rasa tiada orang yang dapat memahami saya.Saya kene kuatkan semangat saya dan serah sepenuhnya kepada Allah.Hidup saya masih jauh.Masih banyak yang saya belum lakukan.Masih banyak yang saya boleh berikan kepada masyarakat. walaubagaimanapun hari ini ada berita baik yang saya hanya kingsikan kepada dua orang kawan yang sangat rapat dengan saya.Ada hikmah disebalik semuanya.Apa-apapun saya sangat bersyukur dengan segala nikmat yang diberi oleh Allah.Pukul 2 maka masa untuk saya sambung julingkan mata tengok coding.

Advertisements

Author: Cik Kosong

Seorang wanita yang ingin berkongsi kisah hidup sebagai pesakit major depressive disorder with borderline personality trait

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s