Baru-baru ini kawan baik saya minta saya berjanji untuk senaraikan apa yang saya mahukan.Untuk saya ingat banyak lagi perkara yang saya belum capai.Semangat agar saya semangat untuk terus hidup.Jadi, ini senarainya. šŸ™‚

  1. Menunaikan Haji semasa muda. Duit sudah cukup cuma giliran masih lambat.Saya berdoa agar dengan segala limpah kurnia Allah, saya dapat pergi semasa muda dan badan masih sihat dan mampu dari segala segi.
  2. Melawati setiap negeri di Malaysia. Setakat ini 3 lagi belum dilawati iaitu Kelantan, Sabah dan Sarawak.
  3. Melancong semua tempat menarik di Malaysia. Yang ini dalam proses juga. Tidak terkira tempat menarik di Malaysia.
  4. Melancong ke luar negara. Melawat negara-negara luar sebanyak mungkin. Setakat ini saya baru melawat Thailand, Indonesia dan Vietnam.dalam perancangan UK,Ā Kanada dan Singapura.
  5. Belajar bahasa asing.Setakat ini saya baru belajar bahasa mandarin tahap 1.Bahasa Inggeris sudah mahir.
  6. Belajar berenang,memanah dan menunggang kuda. Menunggang kuda masih tidak dapat dipelajari kerana tiada kemudahan di tempat saya. Alhamdulillah berenang dan memanah saya tahu.Cuma perlu tambah lagi tahap kecekapan.
  7. Melawat kawan-kawan saya yang berada jauh dari mata tapi dekat di hati :-).
  8. Sambung Master dan PHD.
  9. Mempunyai harta dari duit sendiri seperti barang kemas,rumah,kenderaan dan tanah sendiri. Alhamdulillah kereta saya sudah ada walaupun kereta buatan Malaysia dan sudah 7 tahun saya milikinya tetapi tidak pernah rosak.Syukur. Rumah saya dijangka siap tengah tahun 2017.Semoga semuanya dipermudahkan. Saya juga memiliki barang kemas dan sekarang sedang mencari tanah.Tanah agak sukar sedikit.Kayuh perlahan-lahan.
  10. Belajar bermain keyboard.Terlalu sikit ilmu yang saya ada.
  11. Belajar pelbagai kemahiran sebanyak mungkin. Apa-apa sahaja kemahiran mungkin membaiki kereta(tinggi cita2).hihihihi
  12. Rewards diri sendiri setiap bulan.Alhamdulillah setiap bulan memang saya rewards diri saya sendiri seperti pergi facial & hair treatment,beli barang kegemaran saya seperti mekup,minyak wangi (saya sangat suka Kenzo.bau-bauan bunga) dan sebagainya.
  13. Terlibat dalam aktiviti sukarelawan dan terlibat dalan sesuatu gerakan membantu masyarakat yang memerlukan.Alhamdulillah saya masih melibatkan diri…..nanti sambung. šŸ™‚
Advertisements

Author: Cik Kosong

Seorang wanita yang ingin berkongsi kisah hidup sebagai pesakit major depressive disorder with borderline personality trait

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s