Cubaan membunuh diri

Ada masa saya rasa nak baring je. taknak bangun.saya rasa macam ada sesuatu yang mengikat saya.untuk saya naikkan semangat untuk pergi bekerja, saya akan ingatkan kerja yang saya kena buat hari tersebut. baru saya akan rasa hendak bekerja.Sekiranya hujung minggu saya akan membuat rancangan dengan kawan baik saya seperti menonton movie.Ini antara saya hendak naikkan semangat saya.Saya menanti bila nyawa saya akan dicabut. Apabila saya dengan kawan baik saya & di tempat kerja saya rasa semangat sedikit. Orang yang tidak mengalami tidak akan faham.Percayalah ia bukan semudah itu. Perasaan ini sepanjang masa walaupun masa itu saya tak nak rasa sedih.tetapi rasa tu sentiasa ada mengikut saya.

Hujung bulan lepas saya asyik terbayang untuk overose pill tidur.Ia seperti ada inner voice yang seperti memberi galakan kepada saya dan mengingatkan saya untuk membunuh diri.selama 3 hari saya terbayang & teringat untuk overdose pills.Pada hari keempat, sewaktu masa makan ubat seperti arahan doktor, saya mengeluarkan juga semua pill yang ada termasuk pill tidur.Selepas makan ubat-ubat ikut arahan doktor, saya mula hendak makan ubat tidur dengan banyak.Sewaktu itu saya rasa ini sahaja perkara terbaik.Saya rasa selagi saya tidak lakukan, inner voice saya tidak akan berhenti.Semasa saya memegang beberapa pill tidur dengan segelas air, seakan sekali imbas wajah mak saudara saya & kawan-kawan baik saya muncul.Saya seakan tersedar.Malam tersebut saya rasa ada orang yang sayangkan saya.Kuat hati saya untuk bertahan.Jika tiada imbasan wajah2 orang yang sayangkan saya,saya rasa sekarang saya sudah meninggal dunia atau saya berada di hospital. Sampai hari ini saya membayangkan orang2 yang sayangkan saya untuk saya kuatkan hati saya.

Saya pernah terasa rasa imbasan wajah sewaktu saya berada di wad psikiatri. Sewaktu selepas saya menangis beberapa jam.Waktu itu saya sangat buntu.Dalam hati saya hanya menyerah diri kepada Allah.sekilas lalu wajah mak saudara saya muncul.malam yang sama juga saya mengadu pada doktor saya hanya akan keluar dari wad jika mak saudara saya datang mengambil saya.Saya tidak mahu ibu @ kakak saya datang mengambil saya.

Sehingga kini jika ada suara,saya akan cuba dengan cepat tuk bayangkan waktu sekilas wajah mak saudara & kawan baik saya muncul.

Hanya orang yang mengalami kemurungan akan tahu apa yang saya alami.Ia bukan seperti kita sedih seketika. Senario yang sangat berbeza. Saya hanya inginkan orang yang berada disamping saya & tidak menghakimi tindakan saya.

 Saya bersyukur kerana saya dikelilingi mak-mak saudara dan kawan-kawan baik yang sentiasa ada memberi sokongan kepada saya. Setiap hari saya berdoa memohon kekuatan dari Allah.Saya serah sepenuh diri kepadaNya.

Advertisements

Author: Cik Kosong

Seorang wanita yang ingin berkongsi kisah hidup sebagai pesakit major depressive disorder with borderline personality trait

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s