Sambutan Hari Raya

Setiap tahun sehari sebelum raya,saya akan mula bercuti untuk membantu persediaan raya di rumah wan (nenek).Sanak saudara berkumpul bersama-sama menyediakan rendang,ketupat,lemang & sebagainya.Kami berbuka puasa bersama-sama.Waktu malam bersama sepupu yang lain akan bermain mercun & bunga api. Selain itu,berborak bertanya khabar. Saya rasa seronok dapat berborak bersama sepupu,mak saudara & ayah saudara.Saya seronok bersama sepupu kerana mereka suka bergurau senda.Saya gembira dapat bergelak ketawa dengan mereka semua. Mak & kakak saya ada bersama di kampung. Saya tidak berkata apa-apa dengan mak & kakak saya.Mak saudara saya ada menegur kakak saya agar dia tidak mengganggu saya.Saya juga ada terdengar emak sauadara saya berkata kepada mak saya yang saya membantu kerja rumah & belanja rumah.

Hari Raya saya bersalam & mencium tangan mak saya.Saya tidak juga berkata apa-apa dengan kakak @ abang saya. Saya masih tidak selesa untuk bercakap dengan mereka.Mereka pun tidak berkata apa-apa dengan saya. Walaubagaimanapun saya seronok bergelak ketawa dengan sepupu saya.Hari tersebut seperti hilang rasa sedih @ rasa berat.Saya seronok sangat sehingga saya lupa kesedihan saya. Mak sauadara faham situasi saya.Mereka memberi sokongan kepada saya walaupun adik-beradik saya sendiri masih berbuat seperti mereka tidak bersalah.Saya pun sudah mula rasa tidak kisah anggapan atau perbuatan mereka. Saya tidak hiraukan walau ada seorang sepupu yang cuba memberi nasihat.Dia tidak faham situasi sebenar.Walaupun rasa serabut bila sepupu cuba memberi nasihat seolah-olah saya sahaja yang bersalah, saya pergi berborak dengan sepupu yang lain. Saya tidak suka orang memberi nasihat seolah-olah mereka faham situasi sebenar.Saya hanya senyap dan berborak dengan sepupu yang lain.Walaupun tahun ini berbeza dengan tahun-tahun sebelum, saya tetap gembira.Saya cuba berfikiran positif.

Advertisements

Author: Cik Kosong

Seorang wanita yang ingin berkongsi kisah hidup sebagai pesakit major depressive disorder with borderline personality trait

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s