Janjitemu doktor

Semalam saya menghadiri temujanji doktor. Temujanji ada masanya 2 minggu sekali, sebulan sekali bergantung kepada tahap kesihatan saya. Semasa temujanji doktor akan bertanya perasaan saya,apa2 difikiran saya, apa yang merunsingkan saya, bagaimana penerimaan saya kepada ubat jika ada masalah mengambil ubatan tersebut. Minggu ni saya rasa saya tidak sedih seperti sebelum ini.saya tidak rasa sangat gembira tetapi saya rasa biasa. Saya berharap perasaan ini akan kekal lama.Saya tidak mahu sentiasa rasa sedih.

Semasa temujanji biasanya saya pergi sendiri kerana hari tersebut saya bertugas.Saya ambil pelepasan untuk seketika. Semalam saya mampu untuk senyum apabila berjumpa doktor.Selalunya saya rasa sedih tiada semangat seolah2 saya memaksa diri saya. Doktor bertanyakan sambutan raya, sambutan raya ok tiada gangguan dari adik beradik kerana mak saudara saya telah memberi ingatan kepada adik-beradik agar tidak mengganggu saya.

Saya maklumkan kepada doktor, ada beberapa hari dalam sebulan yang saya ambil cuti kerana pada hari tersebut saya tiada semangat untuk melakukan apa2, saya juga banyak menghabiskan masa menonton rancangan tv. Doktor memberi saranan agar saya melakukan banyak aktiviti agar saya tidak berasa bosan.Doktor juga menyatakan bagus kerana saya dapat memberi tumpuan semasa menonton tv kerana sabelum ini saya langsung tidak dapat fokus membaca buka dan memahami dan mengikuti rancangan tv. Saya masih terjaga waktu tengah malam dan ada masanya saya mimpi merepek.Saya pernah bermimpi yang saya dibunuh oleh kakak saya, saya membawa kereta laju dan terjunam dalam gaung. Saya juga selalu mimpi seolah-olah saya berada dalam peperangan.

Antara saranan doktor kepada saya ialah sentiasa melakukan senaman, makan makanan seimbang, lakukan pelbagai aktiviti, keluar dan bercerita atau luahkan perasaan kepada ahli famili yang memberi sokongan dan juga kawan baik. Saya perlu penuhkan masa dengan aktiviti yang menyeronokkan saya.

Dari segi ubatan pula, ubatan masih masa dan saya perlu makan mengikut waktu waktu yang ditetapkan. Semua ubat yang saya makan adalah pada waktu malam kerana ada ubat yang boleh menyebabkan mengantuk. Dari segi kos ubatan hampir rm 700  sebulan. Walaubagaimanapun, kos rawatan saya adalah percuma. Bagi orang awam yang mendapatkan rawatan, mereka perlu membayar rm 5 tuk setiap kali rawatan susulan. Ianya sangat murah berbanding mendapatkan rawatan swasta.Rawatan susulan selepas ini 6 minggu seterusnya iaitu bulan september.

Saya bersyukur kerana saya masih ada mak saudara & ayah saudara, kawan dan rakan sekerja yang memberi sokongan kepada saya.

Advertisements

Author: Cik Kosong

Seorang wanita yang ingin berkongsi kisah hidup sebagai pesakit major depressive disorder with borderline personality trait

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s