Fokus semakin pulih

Hampir 6 bulan selepas menerima rawatan, saya rasa saya semakin dapat fokus.Saya sudah memahami rancangan tv dan saya sudah boleh melakukan tugas tanpa teralih perhatian.Kerja saya memerlukan fokus yang tinggi kerana saya mengaturcara sistem. Ada masanya saya tidak perasan sudah waktu rehat dan waktu balik.Saya mula rasa selesa melakukan tugas saya. Cuma apabila saya terlalu fokus saya akan sakit kepala kerana terlalu lama mengaturcara.

Waktu hujung minggu saya tidak akan mengaturcara seperti sebelum ini.Kebiasaannya saya suka menyambung kerja di rumah tetapi kali ini saya memberi peluang kepada diri saya untuk berehat.Ada masanya terlintas di fikiran kejadian saya berasa hati dengan adik-beradik dan mak saya.Apabila teringat saya akan berzikir kerana dengan berzikir saya akan fokus kepada Allah.

Dahulu saya terasa amat berat untuk melakukan apa-apa. Sekarang saya sudah mula boleh melupakan perkara yang sedih atau mengecewakan saya untuk seketika.Saya semakin rasa ringan dari bebanan fikiran. Dahulu saya tidak selesa bersama orang lain sekarang saya rasa saya lagi gembira apabila berborak dengan kawan-kawan.

Saya cuba mengawal perasaan saya kepada positif dan saya berharap rasa positif ini akan semakin positif dan kekal dan tidak kembali kepada perasaan lama. Saya perlu percaya kepada diri saya sendiri dan memberi semangat kepada diri sendiri.

Advertisements

Author: Cik Kosong

Seorang wanita yang ingin berkongsi kisah hidup sebagai pesakit major depressive disorder with borderline personality trait

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s