Urusan rasmi

Minggu lepas saya berkursus di Putrajaya selama 3 hari. Ini kali kedua kursus di luar seorang dari jabatan saya. Perjalanan terasa penat. Pada kebiasaannya saya akan bermalam sehari sebelum dan pulang sehari selepas kursus kerana saya mempunyai masalah penglihatan untuk memandu waktu malam. Setiap hari selama berkursus pada sebelah petang dan malam saya luangkan masa bersama kawan baik saya. Kami makan dan menonton pawagam bersama.

Walaupun penat saya rasa seronok dapat luangkan masa dengan kawan baik saya. Kawan baik saya yang saya telah kenali selama 14 tahun maka kami memahami perangai dan perasaan masing-masing. Kami boleh menerima satu sama lain. Saya harap persahabatan ini kekal selamanya. Kawan yang boleh menerima seadanya dan akan membela bersama. Kami tidak bercerita banyak mengenai masalah masing2 sekadar update ringkas sahaja.Kami lebih suka bersama dan melakukan aktiviti yang menyeronokkan untuk melupakan seketika masalah kami.

Setiap kali saya ada urusan rasmi di luar,saya akan maklumkan kepada kawan yang tinggal di sana agar dapat meluangkan masa bersama. Saya rasa bersyukur kerana kawan-kawan yang saya kenali adalah kawan-kawan yang sanggup susah dan senang bersama. Kawan-kawan saya tahu masalah kesihatan yang saya hadapi dan mereka memberi sokongan kepada saya.

Saya antara golongan yang suka berjalan-jalan.Maka saya tidak kisah jika ada urusan diluar. Saya tiada masalah untuk bergerak seorang diri. Walaubagaimanapun saya akan mengambil langkah-langkah berjaga sekiranya bergerak seorang seperti memastikan kereta berada dalam keadaan elok dan tempat bermalam dan waktu bertolak adalah sesuai.Saya akan bertolak siang dan pastikan sampai di destinasi pada waktu siang juga.Tempat tinggal adalah tempat yang selamat.

Advertisements

Author: Cik Kosong

Seorang wanita yang ingin berkongsi kisah hidup sebagai pesakit major depressive disorder with borderline personality trait

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s