Saya agak sibuk dengan kerja menyiapkan pangkalan data ringkas untuk jabatan lain. Minggu ini saya sudah mula lega sikit kerana kerja tersebut sudah siap. Walaubagaimanapun kerja sentiasa bertambah. Selesaikan satu demi satu. Saya suka dan lega setiap kali tugas yang diamanahkan selesai. Saya sudah boleh fokus sepenuhnya kerja.Saya ada letakkan target untuk diri saya agar dapat hadir bertugas setiap hari.Bulan lepas saya berjaya lakukan.Fokus juga sudah berjaya. Bulan sebelum ini mesti akan ada beberapa hari saya ambil cuti kerana mood saya rendah, saya rasa tiada semangat untuk bekerja dan rasa beban untuk menyelesaikan tugas. Saya bersyukur kerana boss saya amat memahami. Beliau faham keadaan saya. Walaubagaimanapun saya meletakkan target untuk diri saya agar saya bertugas setiap hari, beranikan diri dan bersemangat. Ada masa saya rasa tidak selesa untuk berjumpa dengan orang dan bercakap seperti menghadiri mesyuarat.  Ada masa saya rasa serabut apabila dapat permohonan kerja baru dari staf. Saya akan pujuk diri saya dan lakukan tugas tersebut akhirnya.Staf lain tidak tahu keadaan kesihatan saya. Saya masih rasa tidak selesa tetapi saya beri semangat pada diri sendiri untuk melawan apa yang saya rasa. Saya rasa saya perlu lawan apa yang saya rasa agar saya kembali seperti diri saya yang dulu.

Hampir sebulan juga saya sudah mula melakukan senaman selepas balik bekerja seperti zumba dan lari perlahan atas treadmill di rumah. Hujung minggu saya dan mak saudara saya akan pergi ke taman rekreasi tasik berhampiran. Biasanya kami akan buat 2 pusingan dengan berjalan.Minggu lepas saya berjaya buat 1 pusingan berjalan dan 1 pusingan lari perlahan iaitu 1.5km berjalan & 1.5km larian perlahan. Saya juga ingin tambah stamina dan seterusnya menurunkan sedikit berat badan.

Setiap hujung minggu juga saya dan kawan baik saya luangkan masa bersama. Kami selalunya menonton movie di pawagam berhampiran, membeli barang, makan, pergi ke tapak jualan. Semalam kami menonton wayang dan membeli barang untuk persiapan kami pergi trekking. Ini merupakan kali pertama saya mengikuti trekking gunung. Saya suka mencuba sesuatu perkara yang baru. Saya juga akan pastikan setiap hari saya melakukan senaman bagi persiapan trekking nanti. Kami akan pergi trekking di Gunung Nuang bermula 3am dan dijangka sampai ke parking semula pukul 3pm.

Antara perkara yang saya suka lakukan ialah menonton wayang, memanah, menyanyi, memasak, zumba, yoga, berbasikal .Jika saya lakukan perkara-perkara ini tandanya saya gembira. Sebelum ini saya langsung tiada semangat untuk melakukan perkara-perkara ini termasuk keluar dengan kawan.Sekarang saya sudah mula rasa seronok melakukannya. Saya amat berharap saya jadi diri saya dahulu yang sentiasa gembira. Yang pasti hanya saya yang dapat mengubah diri saya sendiri. Saya yang dapat beri pujukan dan semangat kepada diri saya. Saya tahu saya tidak akan mendapat semangat dan sokongan dari ahli keluarga sendiri. Saya percaya hanya saya yang perlu percaya dan yakin dengan diri sendiri.

Saya minta sesiapa yang membaca blog ini juga dapat mendoakan kesihatan saya.

Advertisements

Author: Cik Kosong

Seorang wanita yang ingin berkongsi kisah hidup sebagai pesakit major depressive disorder with borderline personality trait

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s