Gunung Nuang

trekking gunung nuang melalui janda baik

Advertisements

Awal september 2016 saya turut serta trekking Gunung Nuang melalui Janda Baik, Pahang. Seramai 26 orang turut serta.Saya pergi bersama dua orang sahabat saya dan seorang kawan biasa.Kami bertolak dari rumah pada pukul 1.30am.Kami bertolak awal agar dapat memandu secara santai dan dapat berehat dahulu di tempat berkumpul.Kami semua dijangka berkumpul pada pukul 3.30am.Walaubagaimanapun kami berada di tempat berkumpul agak lama menanti kawan-kawan lain.Lambat dari perancangan.Saya rasa seronok melakukan aktiviti bersama sahabat yang sememangnya memahami saya.

Ini merupakan kali pertama saya menaiki gunung. Rasa seronok dan seram dalam masa yang sama tetapi saya sukakan cabaran dan kehijauan. Kami mula pada pukul 5.30am.Sebelum trekking kami mendengar taklimat ringkas dari pemandu arah kami.Beliau meminta agar kami semua tidak berpecah sehingga sampai di air terjun Chemperoh dan beliau juga memberi beberapa tips trekking. Pada awal perjalanan agak mendatar.sekali sekala kami terpaksa merangkak dan ada masa menundukkan badan kerana pokok buluh tumbang dan menghadang jalan. Apabila berjalan dengan menggunakan headlamp agak mudah pergerakan dan dalam keadaan gelap saya teruskan sahaja perjalanan dengan mengikuti orang dihadapan.

Di separuh jalan kami tertinggal jauh dari orang hadapan dan belakang, kami berhenti seketika kerana jalan dihadapan seperti jalan mati kerana dihalang oleh pokok buluh yang tumbang.Kami cuba telefon kawan-kawan yang lain walaubagaimanapun tiada signal.Kami tunggu beberapa minit,tidak lama kemudian kumpulan belakang sampai.Kami rasa lega.Kami teruskan perjalanan yang agak licin mungkn hujan sebelum itu.

Di awal perjalanan melalui anak sungai, kemudian melalui kebun dan akan jumpa pondok yang telah ditingalkan oleh orang asli. Apabila menghampiri air terjun, sepanjang perjalanan akan terdengar bunyi air mengalir dan akan menurun sedikit dengan jalan yang agak licin. Kami berehat sebentar di air terjun untuk menunaikan solat subuh dan melepaskan penat lelah. Di sini saya mengambil kesempatan untuk alas perut.Saya makan roti dan beberapa keping biskut dan menghirup air. Kami juga mengambil beberapa gambar sebagai kenangan.

Setelah selesai, kami meneruskan perjalanan. Selepas dari air terjun jalan terasa semakin manaik.Maka bermulalah cabaran menaiki gunung. Perjalanan lebih banyak menaik dari menurun.Dada dan langkah terasa berat.Ada seketika saya rasa nafas berat.Ketika ini terasa agak susah untuk menaik kerana berat badan yang melebihi berat nornal.

Walaubagaimanapun, dengan sokongan dan kata-kata semangat dari kawan dan guide perjalanan tetap diteruskan.Petua yang saya belajar dari rakan-rakan ialah jika haus hanya minum sedegup untuk hilangkan kering tekak agar kita dapat meneruskan perjalanan,saya diberitahu sekiranya kita minum banyak akan menyukarkan lagi untuk kita meneruskan langkah.Satu lagi petua yang saya belajar ialah rehat banyak kali boleh tetapi waktu berehat hanya 5 saat.Sepanjang menaiki gunung saya amalkan petua ni sambil diselangi dengan nyanyian kawan yang memberi semangat.

Sepanjang perjalanan, suasana damai, angin yang sejuk dan dapat melihat flora dan fauna.Saya rasa kagum dengan ciptaan Allah yang maha kuasa. Kita rasa lebih dekat dengan Pencipta. Walaupun letih, saya rasa seronok dan bersemangat untuk sampai ke puncak. Untuk pengetahuan, saya sebenarnya takut kepada ketinggian tetapi saya sukakan cabaran.

Apabila menghampiri puncak, batu besar telah mula kelihatan dan diselaputi lumut.Udara semakin lama semakin sejuk dan kabus semakin menyelubungi. Suara monyet kedengaran.Hampir sampai ke puncak, saya semakin sukar untuk membawa bedan saya, jadi saya merupakan orang terakhir sampai dan saya ditemani oleh guide. Banyak petua dan pengalaman yang guide saya cerita agar saya terus bersemangat untuk sampai ke puncak. Beliau memberitau saya,beliau juga pernah seperti saya berada di akhir sekali tetapi dengan latihan beliau berada di jawatan sekarang sebagai guide.

Apabila menghampiri puncak,tali telah tersedia. Saya menggunakan tali untuk memanjat batu dan pokok yang besar. Apabila sampai di puncak kawan-kawan dan beberapa orang lain bertepuk tangan kerana saya berjaya sampai ke [uncak.Saya lewat dari orang lain selama 30 minit.Saya rasa sangat gembira kerana berjaya tempuh walaupun ini kali pertama saya trekking gunung.

Sesampai di puncak, saya berehat sebentar dan membuka kasut seperti saranan guide agar darah berjalan lancar. Sambil berehat saya makan dan minum menghabiskan bekal yang dibawa. Di puncak terdapat 2 ekor anjing yang mesra dengan hikers.Saya diberitahu anjing ini belaan seorang yang mempunyai kebun di bawah jika melalui pangsun,selangor.Anjing ini akan menemani hikers. Hikers akan memberi anjing ini makan. Anjing tersebut tidak mengacau kami,anjing ini akan memandang dari jauh jika ingin makanan lagi.Kami memberi roti dan sardin umtuk anjing2 tersebut.Di pokok pula terdapat 2 ekor tupai yang mesra,ramai hikers yang akan bergambar dengan tupai yang manja dan besar ini.Saya pun tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar.

Setelah berehat dan bergambar, kami menuruni gunung pula.Rasa seram sedikit semasa di puncak kerana agak curam terpaksa menggunakan tali melewati pokok dan batu.Sepanjang perjalanan turun agak pantas kerana lebih banyak menuruni gunung. Separuh perjalanan kaki saya kejang.Saya lebih banyak berhenti dan menyapu krim bagi mengurangkan rasa sakit.Saya tiba agak lewat di parking kereta kerana kaki saya kejang.Kawan-kawan menunggu saya turun dan kami makan bersama di RnR Genting Sampah sebelum pulang ke rumah.

Apapun saya rasa seronok dapat menimba pengalaman trekking.Pengalaman yang saya akan ingat sampai bila-bila.Rasa bebas dan seronok semasa di gunung dengan panorama yang sangat indah tak tergambar dengan kata-kata.Kawan-kawan ada yang tanya jika saya hendak pergi semula.Saya katakan saya akan pergi semula walaupun rasa penat yang amat sangat.Rasa satu kemenangan apabila berada di puncak. Saya dan kawan bercadang untuk pergi ke bukit yang lain untuk merasai semula pengalaman trekking.

Pesanan saya kepada yang ingin mencuba, pastikan anda bersedia dari segi mental dan fizikal dan bekalan air dan makanan yang mencukupi juga dari segi bekalan ubat. Jika saya berjaya sampai ke puncak, saya yakin anda juga boleh sampai ke puncak.

Author: Cik Kosong

Seorang wanita yang ingin berkongsi kisah hidup sebagai pesakit major depressive disorder with borderline personality trait

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s