Janjitemu doktor

Isnin minggu ini merupakan hari janjitemu doktor psikiatri. Kali ini saya berjumpa dengan pakar. Pakar ini baru kali pertama saya janjitemu.

Doktor bertanyakan keadaan saya sekarang dan penerimaan saya terhadap presripsi ubat. Saya menceritakan kepada beliau perasaan saya dalam masa sebulan ini.

Saya rasa saya semakin ceria dan saya sudah gembira melakukan hobi saya dan melancong. Saya juga sudah mula ambil kisah keadaan saya seperti saya sudah mula melakukan senaman seperti zumba, yoga dan joging. Saya juga mengambil kisah pakaian dan penampilan saya.

Apabila masa terluang saya akan keluar bersama sahabat saya, kami menonton wayang,makan dan membeli barang keperluan bersama. Hujung minggu ini kami akan mengikuti trip di taman negara Kuala Tahan. Saya rasa sangat seronok.Ini merupakan kali pertama saya ke taman negara. Saya juga ingin memanah semula,saya telah lama tidak memanah semenjak bulan puasa.

Perasaan saya ada masanya gembira, ada masanya sedih teringkatkan arwah ayah saya dan keadaan saya.cuma masa saya bersedih semakin kurang dari berminggu kepada beberapa hari. Ada ketika semasa sedih saya terfikir untuk membunuh diri.tetapi perasaan itu semakin kurang. Ketika sedih saya akan cuba alih perhatian melakukan perkara yang saya suka dan saya akan ingat saya masih ada mak saudara,ayah saudara,sepupu dan sahabat yang mengambil berat keadaan saya dan menyayangi saya.

Doktor mengajar saya teknik pernafasan bagi menenangkan diri dan juga aktiviti yang saya boleh lakukan sekiranya saya dalam situasi tertekan. Doktor juga bertanya samada saya memahami penyakit saya. Doktor menerangkan kepada saya traits penyakit saya. Apa yang saya lalui sekarang memang traits penyakit saya seperti rasa kekosongan yang kronik dan rasa sedih. Doktor menyatakan bahawa saya merasai gangguan suara semasa saya rasa kekosongan yang kronik. Doktor juga mendoakan agar saya cepat sembuh dan sihat.

Janjitemu seterus ialah lagi 8 minggu.Pada awal janjitemu selang 3 hari,selepas itu beralih kepada seminggu sekali, seterusnya 4 minggu, 6 minggu dan sekarang 8 minggu.Janjitemu semakin jarak. Saya rasakan itu petanda baik kerana kebergantungan saya kepada doktor semakin berkurang.

Preskripsi ubat masih sama seperti sebelum ini. Saya amat berharap saya sembuh dan gembira seperti sediakala semula.Tolong doakan saya.Terima kasih.

Advertisements

Author: Cik Kosong

Seorang wanita yang ingin berkongsi kisah hidup sebagai pesakit major depressive disorder with borderline personality trait

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s