Kursus

Minggu kedua yang lepas saya menghadiri Kursus di Intan, Bukit Kiara selama 4 hari.Kursus yang saya hadiri berkaitan web development.Kebiasaannya saya akan menetap di sana.Walaubagaimanapun saya perlu menetap di hotel berhampiran kerana bilik di sana sudah dipenuhi oleh peserta kursus wajib.

Hotel yang saya menginap memakan masa 15 minit ke INTAN. Hotel budget ini selesa kerana parking kereta disediakan dan blok bilik hanya boleh diakses oleh pemegang kad bilik.Perjalanan ke tempat kursus juga tidak perlu melalui trafik sesak.

Banyak ilmu yang saya perolehi kerana saya diajar versi terkini yang lebih mudah. Hari terakhir kursus kami perlu membuat laman portal secara berkumpulan. Saya juga dapat berkenalan dengan rakan sejawat dari jabatan berlainan. Salah satu kebaikan berkursus selain ilmu bertambah ialah dapat mengenali rakat sejawat yang lain.Kami bertukar no telefon dan sosial media agar ukhuwah berkekalan. Malah seorang dari rakan kursus sama kemasukan jawatan dengan saya.

Kebanyakan hari dalam minggu tersebut hujan.Maka saya ambil keputusan tidak keluar dan balik ke hotel habis kursus.Saya rasa segar dan bersemangat kerana dapat rehat yang secukupnya. Malah saya buat sekian lamanya dapat tidur lena dan hanya sedar waktu subuh. Saya dapat rasa tenang kerana saya jauh dari keluarga.Saya juga tidak memikirkan masalah yang saya hadapi. Saya rasa seronok. Mungkin selepas ini saya akan cari masa untuk bercuti sendiri untuk memberi peluang kepada saya sendiri.

Advertisements

Author: Cik Kosong

Seorang wanita yang ingin berkongsi kisah hidup sebagai pesakit major depressive disorder with borderline personality trait

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s