Taman Negara Kuala Tahan

Hujung minggu baru ini selama 2 hari dan 1 malam, kami bertiga mengikuti trip lone ranger di Taman Negara Kuala Tahan. Saya, sahabat saya dan seorang rakan sekerja saya bertolak dari rumah ke Taman Negara. Saya telah lama merancang untuk ke taman negara. Walaubagaimanapun hasrat tidak tercapai atas faktor tiada masa yang sesuai.

Tengah tahun saya melewati laman web taman negara. Saya terbaca ada trip bagi orang yang kekurangan kawan untuk membentuk kumpulan untuk memasuki taman negara. Saya dan sahabat merancang untuk pergi berdua.Saya bertanya kepada kawan sekerja saya dan dia juga ingin mengikuti trip kami.

Kami bertolak dari rumah pada pukul 10am dan sampai ke taman negara pada pukul 1pm. Kami ke taman negara melalui jalan darat. Keadaan jalan ke sana elok dan sesuai untuk kenderaan biasa. Setelah kami sampai di sana, kami ke pejabat untuk mendengar taklimat dan seorang wakil membawa kami ke tempat penginapan.

Kami hanya perlu berjalan kaki dari homestay ke jeti Kuala Tahan.Kami makan di Restoran Terapung Kuala Tahan. Pelbagai pilihan makanan ada dari masakan biasa kepada masakan western. Tambang untuk menyeberangi ke taman negara hanya rm1.

Pakej kami termasuk penginapan,permit masuk,tiket ke canopy walk,boat dan guide.Makan dan permit kamera tidak termasuk.Permit kamera rm5.

Aktiviti pertama yang kami lakukan setelah mengemas barang dan sebagainya di bilik ialah makan tengahari di restoran terapung. Kami memilih untuk makan nasi campur.

Pada pukul 3pm bermulalah aktiviti.Kami dibawa ke perkampungan orang asli.Kami perlu menaiki bot dan melalui jeram.ada ketika air mercik dan memasuki bot.arus jeram agak kuat.bot terpaksa melawan arus jeram yang kuat sehingga bot bergoyang2 ke kiri dan ke kanan.Walaubagaimanapun jaket keselamatan disediakan.Saya merasa seram apabila bot melawan arus jeram.Saya banyak menjerit kerana sesungguhnya saya memang berasa seram menaiki bot yang kecil. Sesampai diperkampungan orang asli,dari pinggang sehingga kaki basah lenjun.Kami telah dipesan awal agar memakai pakaian basah,berselipar dan barang beharga dilindungi dari basah. Diperkampungan orang asli,kami diberi penerangan mengenai suku kaum batek dan cara hidup mereka. Demonstrasi membuat api menggunakan rotan dan kayu dan cara membuat ubat sumpit ditunjuk oleh orang asli. Ksmi juga diberi kesempatan untuk mencuba menghidupkan api dan menyumpit. Saya cuba menyumpit denga sekali tiupan sahaja mengenai sasaran.Kawa saya cuba beberapa kali baru berjaya. Aktiviti kami disana lebih kurang 1jam 30 minit. Dalam perjalanan pulang bot tidak melawan arus, jadi air yang merecik sedikit sahaja, walaubagaimanapun saya basah lenjun dari tudung sehingga kaki kerana seorang daripada kami bergurau dengan bermain air.Dia menggunakan tangan dan seliparnya agar air memasuki bot dan mercik kepada kami.

Sesampai di jeti, kami mengambil keputusan untuk makan di restoran terapung dalam keadaan basah. Kami memilih untuk makan masakan panas. Kemudian kami membersihkan diri. Saya rasa sangat seronok dapat belajar perkara baru.

Pada pukul 8pm aktiviti seterusnya ialah night walk.Kami berjalan hampir 1km. Kami diberi penerangan mengenai serangga,haiwan dan pokok. Kami berjalan sehingga ke sightseeing untuk melihat haiwan seperti kancil atau gajah.Walaubagaimanapun kami tidak bernasib baik, kami tidak jumpa sebarang haiwan besar. Kami jumpa haiwan seperti katak,belalang,kala jengking dan ular yang berada betul2 di atas kepala kami. Aktiviti hampir 1 jam. Setiap kali ke taman negara kami perlu menaiki bot untuk menyeberangi sungai dalam 3 minit sahaja.

Setelah sampai di jeti kami makan makanan western pula. Pukul 10.30pm kami berehat.Kami rasakan kami tidak tidur lena disebabkan beralih tmepat tidur walaubagaimanapun jangkaan tersebut meleset.Kami tidur lena.

Esoknya pada pukul 7am kami bersarapan, kami makan awal 2 jam sebelum trekking seperti saranan guide yang pernah membawa kami ke gunung nuang.Perlu makan 2 jam sebelum trekking agar badan bersedia dan tidak muntah dalam perjalanan.

Kul 9am kami mula trekking.Kami perlu mendaftar diri untuk masuk ke taman negara dan membayar permit kamera. Platform disediakan sepanjang perjalanan,jalan sesuai untuk seisi keluarga.Kami diberi pilihan untuk mengikuti jalan sukar atau ringkas. Kami diberi penerangan mengenai pokok-pokok yang ada di sana dan kegunaannya.Kami jumpa ular, biawak,burung dan labah2. Kami juga menaiki canopy walk sepanjang 300 meter.Saya mengambil kesempatan untuk mencuba walaupun saya sebenarnya fobia kepada ketinggian. Saya seorang yang sukakan cabaran dan suka mencuba aktiviti baru. Kami rasa tidak penat mungkin badan telah biasa kerana pernah ke gunung nuang yang laluannya sangat mencabar.

Kami sampai semula ke jeti pada pukul 12.30pm, kami ambil keputusan untuk mandi,mengemas dan menghantar barang ke kereta. Kami makan tengahari di restorang terapung pada pukul 1pm.Seorang kawan saya membeli cenderahati.

Kami bertolak pulang pada pukul 2pm dan sampai di bandar pada pukul 5pm. Sesampai di bandar,kami makan dan pulang ke rumah masing-masing.

Saya rasa sangat gembira dan ingin ke sana semula jika ada peluang.Esok hari baru saya rasa penat. Untungnya kami, semalam merupakan hari cuti negeri.Kami dapat berehat. Hari ini saya rasa badan segar dan dengan mood gembira ibarat boleh melompat-lompat kegembiraan. Saya cadangkan agar pergi ke taman negara sekurang-kurangnya sekali dalam hidup. Banyak pengalaman dapat ditimba.

 

Advertisements

Author: Cik Kosong

Seorang wanita yang ingin berkongsi kisah hidup sebagai pesakit major depressive disorder with borderline personality trait

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s