Taklimat & Majlis Jamuan Perpisahan

Hari ini merupakan hari yang sangat sibuk bagi saya di tempat kerja. Kul 8am saya memberi taklimat mengenai sistem luaran yang digunakan di jabatan.

Kemudian pada pukul 9am bermula tugas saya sebagai penyelaras jamuan. Unit kami menjadi penganjur bagi jamuan bahagian. Majlis ini meraikan sambutan Deepavali, sambutan kedatangan timbalan pengurusan, majlis perpisahan ketua unit kami dan sambutan harijadi oktober,november dan disember.

Majlis bermula lambat sedikit kerana pengarah kami mempengerusikan mesyuarat.Sambil menunggu ketibaan pengarah dan timbalan pengarah, kami mengambil kesempatan untuk bergambar dan berbual-bual. Majlis berjalan lancar.Tengahari hari jumaat masa rehat lebih panjang, maka saya dapat berehat aka tidur sekejap.tapi rasanya saya tidur lama,beberapa hari ini saya rasa tidak sihat kerana cuaca tidak menentu.

Saya rasa sedih dan gembira untuk ketua unit saya.Gembira kerana akhirnya dapat ke tempat yang ingin dituju dan sedih kerana berpisah. Saya harapkan yang terbaik untuk semua.

Hari ini cadangnya selepas kerja hendak keluar dengan kawan sekolah menengah tetapi terpaksa dibatalkan kerana hujan lebat. Ada masa kami akan set semula masa untuk makan bersama.Walaupun badan rasa letih sangat tetapi rasa lega kerana banyak kerja selesai hari ini.

Advertisements

Author: Cik Kosong

Seorang wanita yang ingin berkongsi kisah hidup sebagai pesakit major depressive disorder with borderline personality trait

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s