Hujung minggu baru ini saya hanya berehat di rumah.Badan masih rasa tidak sihat. Dahi rasa panas dan badan rasa lemah.Jadi saya habiskan masa dirumah dengan maraton movie. 1 hari 3 movie. Hari sabtu saya tengok cerita pekak,sunk in the womb, pride & prejudice zombie. Hari ahad saya layan cerita ghostbusters, the bfg dan juvana- perhitungan terakhir. Sekarang saya rasa seronok melihat movie kerana saya sudah faham dan boleh fokus.

Selain itu saya seterika baju kerja untuk 5 hari dan basuh baju. Seronok rasa dapat selesaikan kerja sekaligus.

Hari ini janjitemu saya dengan doktor perubatan am.doktor maklumkan yang tekanan darah tinggi saya ok cuma nadi saya cepat walaupun dalam keadaan tenang.Jadinya ubat dinaikkan dari separuh biji kepada 1 biji tuk 2 kali sehari.sebelum ini separuh biji 2 kali sehari. Minggu ini juga minggu tiada ketua unit ditempat kerja.bos lama hari terakhir hari jumaat lepas dan boss baru akan masuk minggu hadapan. Maka saya lah yang menjaga unit.

Sehingga kini saya masih melawan rasa tidak selesa saya berada ditempat umum. Saya masih tidak selesa berada di tempat kerja dan berhadapan dengan staf atau vendor. Saya lebih selesa jika dapat membuat kerja tanpa berjumpa dengan orang.Walaubagaimanapun saya lawan rasa tidak selesa itu dan saya terus bekerja. Saya paksa diri saya untuk rasa selesa dan tunjukkan rasa gembira kerana bagi saya jika saya tidak lawan rasa ini,sampai bila2 saya tidak akan berubah. Ada masa saya rasa adakah saya patut rasa sedih dan tiada mood. Sudah lama saya rasa begini. Saya berharap agar suatu hari nanti saya akan rasa gembira untuk bekerja atau melakukan apa sahaja tanpa perlu memaksa diri.

Semalam sahabat saya telefon bertanyakan khabar saya dan bertanya bila dapat luangkan masa bersama.Jarak kami adalah 3 jam perjalanan. Mungkin selepas musim tengkujuh saya akan ke sana. Kami kalau berborak seolah-olah tiada hari esok.Seronok dapat bersama dengan orang yang memahami saya. Kami berkongsi suka duka bersama.Selain itu sahabat saya mengingatkan agar membeli bekalan makanan sempena musim tengkujuh.

Saya bercadang untuk membeli barang selepas habis kerja ini.Senarai barang telah saya taip di nota hp. Apa2pun saya perlu keluarkan duit dahulu.Tiada tunai ditangan. Saya berdoa agar tiada bencana menimpa tempat ini.

Advertisements

Author: Cik Kosong

Seorang wanita yang ingin berkongsi kisah hidup sebagai pesakit major depressive disorder with borderline personality trait

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s