Hampir 2 bulan saya tidak menulis. Pelbagai perkara berlaku sama ada di tempat kerja atau kehidupan luar saya.

Di tempat kerja saya sudah ada ketua unit baru dan rakan seperjawatan yang baru menggantikan kawan sebelum ini yang telah naik pangkat. Ketua unit baru baik orangnya. Saya selesa bekerja dengan dia. Rakan seperjawatan pula saya masih cuba memahami rentaknya. Saya sudah bekerja di sini hampir 2 tahun. Pelabagai pengalaman saya timba. Satu perkara yang saya pegang ialah lebih sukakan pekerjaan sendiri dari tempat bekerja kerana walau ke mana kita pergi kita akan berjaya atau sekurang-kurangnya dapat tempuh seharian bekerja. Sekiranya kita lebih sukakan tempat bekerja berbanding kerja kita, kita susah untuk selesa di tempat lain. Selama berada di alam pekerjaan, saya sudah bekerja di 3 organisasi.1 organisasi swasta dan 2 organisasi kerajaan.

Kisah kehidupan saya pula, saya masih ada rasa sedih dan gembira. Saya masih rasa sedih apabila berjumpa dengan mak dan adik-beradik saya. saya masih ingat apa yang saya rasa sepanjang saya menerima sahaja apa yang mereka kata atau lakukan.Hati saya remuk. Saya dah tidak boleh terima mereka. saya rasa saya lebih gembira jika tidak berjumpa dengan mereka.

Bulan lepas kakak & abang saya mengadakan majlis aqiqah.Saya hadir semasa majlis, sepanjang majlis saya cuba untuk mengawal perasaan saya. Air mata saya mengalir sepanjang saya berada di majlis tersebut.Apabila balik ke rumah juga saya masih menangis. Saya rasa amat sedih dengan apa yang telah berlaku. Saya tidak dapat mengawal perasaan saya, 2 hari selepas itu saya masih menangis. Kakak saya ajak saya bermalam di sana,tetapi saya masih tidak boleh menerima semula keluarga saya. Anak saudara saya sangat gembira saya berada di sana, saya pun gembira dapat berjumpa dengan mereka. Saya menangis tetapi saya menyembunyikan tangisan saya. Malah sekarang saya rasa sedih apabila teringat kembali keluarga saya.

Selain dari itu,saya ada meluangkan masa bersama kawan-kawan saya. Hujung minggu saya bersama kawan saya, kami menonton marathon movie, makan dan pergi memanah bersama. Saya juga pergi bercuti selama 2 hari bersama sahabat saya. Saya kehilangan seorang sahabat kerana dia bertukar tempat kerja dan sekarang berada di negeri lain yang jauh. Baru2 ini, dia balik ke sini dan kami dapat luangkan masa seketika.seronok rasa dapat bersama walaupun sekejap. Saya juga sudah dapat kawan baru untuk luangkan masa hujung minggu bersama-sama. Seronok rasanya ada teman dihujung minggu.Cuma saya tidak menceritakan masalah saya kepada kawan baru ini. saya masih rasa tidak sedia untuk berkongsi masalah saya. Walaubagaimanapun kami rasa seronok apabila dapat luangkan masa bersama.

Advertisements

Author: Cik Kosong

Seorang wanita yang ingin berkongsi kisah hidup sebagai pesakit major depressive disorder with borderline personality trait

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s