Sedih

Beberapa hari ini perasaan saya bercampur aduk. Saya rasa sedih dan tiada semangat untuk pergi kerja.Walaubagaimanapun, saya hadir bertugas dan menyelesaikan tugasan. Baru sebentar tadi saya menangis, beberapa hari ini saya cuba menahan perasaan sedih saya tetapi hari ini saya menangis juga. Ini sahaja cara untuk saya meluahkan perasan. Saya tidak bercerita dengan sesiapa perasaan saya sekarang. Saya tahu doktor menasihati saya agar saya meluahkan perasaan saya kepada kawan-kawan tetapi saya masih tidak tahu bagaimana untuk menggambarkan perasaan saya kepada kawan-kawan. Saya cuba menyembunyikan dan memujuk hati sendiri agar kuat. Ada masa saya rasa hendak pergi jauh dari semua orang agar saya dapat memberi masa kepada diri saya sendiri. Saya rasa letih menjaga hati semua orang dan berlagak seperti biasa. Kawan sekerja ditempat kerja baik semuanya, cuma ada masa saya rasa hendak berada jauh dari semua orang. Adakala saya lebih selesa seorang diri. Adakala saya rasa saya gembira berada bersama kawan-kawan. Ini antara rasa yang saya rasa orang tidak akan faham walau saya cuba menggambarkan.

Saya sepatutnya rasa gembira kerana selepas kerja saya akan pergi ke rumah kawan dan esok kami akan ke sesuatu tempat untuk menghabiskan masa bersama-sama. Saya berharap esok perasaan saya lebih gembira dan saya bertambah sihat. Hampir 2 minggu saya rasa tidak sihat. Mungkin juga kerana saya tidak sihat, maka saya berasa penat dan menyumbangkan kepada perasaan sedih.

Advertisements

Author: Cik Kosong

Seorang wanita yang ingin berkongsi kisah hidup sebagai pesakit major depressive disorder with borderline personality trait

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s