Teluk Kemang, Port Dickson

Holiday Trip : Dis 2016 (2D 1N)
***********

⏲TRIP  to PD⛱

142658 km – dari rumah kawan , jam 10.15pg
142762 km – sampai batu kikir Negeri Sembilan
142803 km – sampai Senawang, jam 12.20t/hari
– sampai tol, caj rm3.20 jam 12.50t/hari
142846 km – sampai Hotel Mesra, Teluk Kemang jam 1.10ptg

💳 Tol = rm6.40
⛽Petrol = rm50

__________

🚘TRIP PD to 🏠

142865 km – dari PD, jam 2.15ptg
143056 km – sampai rumah kawan, jam 6.30ptg

Saya dan seorang sahabat merancang untuk bercuti bersama.kami akan cari masa untuk bersama.apabila kami berbual macam2 topik yang keluar.sekali kami berborak hinggakan lewat tidur.pelbagai perkara yang ingin diceritakan dan diluahkan.kali ini kami merancang untuk ke Port Dickson.

Seorang lagi sahabat kami sarankan agar kami mencari tempat penginapan di Teluk Kemang.Kami melihat beberapa opysen akhirnya kami memilih Hotel Mesra, Teluk Kemang.harganya murah dan strategik.

Pagi sabtu selepas sarapan di kedai dan mengisi petrol, kami memulakan perjalanan.Perjalanan lancar dan ada ketika kami menempuh hujan.Alhamdulillah sepanjang kami berada di Port Dickson hari cerah.

Sesampai kami di Port Dickson,kami check-in dan berehat sebentar.Kemudian kami makan tengahari di Cowboy Place yang menghidangkan nasi kukus ayam panggang bersama air tembikai.Di sini diperdengarkan alunan lagu cowboy.Hiasan juga berlatarbelakangkan zaman cowboy.

Pada awalnya kami ingin melawat rumah terbalik & ladang burung unta tetapi tiket yang dikenakan agak mahal bagi kami.Maka kami ke Dataran Teluk Kemang.Kebetulan di sana ada karnival.Pelbagai barangan dijual dan artis terlibat.Antara barangan yang dijual adalah pakaian,kosmetik,aksesori dan makanan.Kami banyak meluangkan masa di sini.Pada sebelah malam terdapat ucapan perasmian, pertunjukan bermain api,tarian orang asal, promosi movie dan sebagainya.Kami minum petang dan makan malam di sini.

Pagi esoknya selepas sarapan pagi kami ke muzium tentera darat.Pelbagai barangan dipamerkan seperti senjata,pakaian tentera,perisai dan lain-lain.Selesai melawat ke sana kami makan tengahari di restoran berhampiran.Dalam perjalanan pulang kami singgah gerai kecil di tepi jalan Kuala Pilah membeli makanan seperti kuih bahulu, belacan, pisang salai dan sebagainya.

Perjalanan pulang kami lancar walaupun ada ketika menempuh jalan sesak dan hujan.Saya membeli petrol dahulu sebelum pulang ke rumah saya yang memakan masa 2 jam 30 minit.Saya berasa seronok dapat meluangkan masa bersama sahabat saya.

Advertisements

Author: Cik Kosong

Seorang wanita yang ingin berkongsi kisah hidup sebagai pesakit major depressive disorder with borderline personality trait

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s