Kuantan

Holiday Trip : Feb 2017 (2D 1N)

******************************

ā²Trip Rumah to Rumah kawan šŸ”(03/02/2017)

144280 km : dari tempat kerja kul 5 pm

144453 km : samp rumah kawan kul 7.26 pm
ā²Trip rumah kawan ke Kuantanā›µ (04/02/2017)

144453 km : dari rumah kawan kul 10.37am

144532km | samp Gambang kul 11.45pg

144558 km – samp Megamall Kuantan kul 12.26pm & makan tengahari di Nasi Ayam Penyet-AP

144569 km – check-in Mega View Kuantan

– 4pm samp Kuantan Parade

– 5.30pm samp 7.30pm tonton Great British Circus

– 8.30pm makan di Projekt Makan
ā²Trip Kuantan ke rumah kawan Ā ke rumah sendiri šŸ”(05/02/2017)
144569 km : check-out Mega View Kuantan kul 10.30am

144597 km: makan Nasi Kukus My Mama Gambang kul 12.07pm

144674 km : samp rumah kawan kul 1.25pm

144858 km : tolak dari rumah kawan kul 2pm & samp rumah sendiri kul 4.35pm

Awal Februari saya dan kawan baik saya bercuti ke Kuantan.Trip ini selama 2 hari dan 1 malam.Tujuan kami ke Kuantan untuk melihat Great British Circus.Ini merupakan kali pertama saya menonton Great British Circus.Saya mendapat tahu ada circus di Kuantan melalui iklan pages di facebook.

Saya telah menghubungi kaunter tiket dan hotel 3 minggu sebelumnya agar perjalanan kami berjalan lancar.Sehari sebelum iaitu selepas waktu kerja saya akan bertolak dan bermalam di rumah kawan saya.

Perjalanan mengambil masa 2 jam 30 minit kerana sepanjang perjalanan saya mengharungi hujan lebat di beberapa tempat dan terdapat beberapa treler dan lori berat.jalan ke rumah kawan saya adalah hiway lama dan sedang dibaiki untuk menambah lorong jalan.maka saya membawa kereta dengan cermat dan sentiasa berhati-hati.

Pagi esoknya kami bangun agak lewat kerana kami Ā berasa kurang sihat tetapi dalam masa yang sama berasa seronok.Kami sarapan pagi di rumah dan sebelum perjalanan mengisi petrol.Kami singgah di Megamall Kuantan untuk makan tengahari.

Kemudian kami check-in di Mega View Kuantan.kami dapat menginap di bilik yang menghadap sungai Pahang.Pemandangan dari bilik mendamaikan.Kami berehat sebentar dan solat.Harga bilik standard 2 katil bujang semalam adalah rm115 tidak termasuk sarapan dan harga untuk staf kerajaan.

Kami meletak kenderaan di belakang kompleks teruntum dengan caj rm 3.Parking ini bersebelahan dengan Kuantan Parade.Kami kemudian ke kaunter circus untuk mengambil tiket.Kami membeli baju dengan masa berbaki sebelum pertunjukan circus betmula.

Pertunjukan circus selama 2 jam.Pelbagai aksi dipertontonkan seperti imbangan badan,aksi berjalan di atas tali,menunggang motosikal dalam gegelung dan sebagainya.Video sedutan aksi boleh dilihat di pages circus.Terdapat juga selingan tarian dan selingan untuk kanak-kanak.Badut juga menghiburkan penonton semasa pentas disediakan untuk aksi setetusnya.Circus ini tidak melibatkan haiwan.Kami berpuas hati dengan pertunjukan.Kerusi yang kami pilih ialah hot seat rm 50 seorang.

Selesai pertunjukan kami membeli barang di Kuantan parade.Makan malam kami di projekt makan.pelbagai pilihan makanan dari masakan panas,masakan barat dan makanan laut.Kami balik ke hotel dalam keadaan gembira walaupun penat.

Esoknya kami check-out dan bergambar di sekitar sungai Pahang sebagai kenangan.Kami makan tengahari di Nasi Kukus My Mama Gambang dan menghantar balik kawan saya.Saya singgah membeli petrol sebelum meneruskan perjalanan pulang.

Saya rasa seronok dapat meluangkan masa bersama sahabat saya.Selain itu saya dapat salurkan perasaan saya kepada perkara yang menggembirakan hati saya.

Advertisements

Author: Cik Kosong

Seorang wanita yang ingin berkongsi kisah hidup sebagai pesakit major depressive disorder with borderline personality trait

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s