Latihan menunggang kuda

Selasa minggu ini janjitemu saya dengan doktor psikiatri.Saya menceritakan keadaan saya.Saya dalam keadaan tertekan,letih tidak bermaya,tidak dapat fokus,rasa beban.Saya sudah hampir 3 minggu tidak tidur lena,rasa badan tidak sihat,mimpi yang bukan2 dan mood rasa down.Saya rasa ingin bersendirian.apabila di pejabat saya rasa tidak dapat bertemu dengan staf lain.saya rasa seperti keadaan sesak.saya mahu bersendirian.

Orang biasa tidak akan faham apa yang saya alami.ianya seperti demam,kita tidak dapat duga bila kita akan rasa sedih & tidak bermaya & tidak dapat fokus,seolah2 rasa mengharapkan masa didunia cepat berakhir.Ia datang dan pergi.Orang yang mengalami masalah seperti saya perlu melakukan aktiviti yang saya suka dan tidak hanya berdiam atau baring di katil.

Doktor menambah dose ubat dan doktor memberi saya cuti sakit selama seminggu.doktor nencadangkan agar saya berehat di wad.tetapi saya tidak mahu kerana merasakan saya lebih tertekan berada di wad.

Hari selasa saya teruskan bekerja.apabila saya seorang di bilik pejabat,saya menangis.saya tidak dapat mengawal perasaan saya.apabila saya berseorangan saya akan menangis.

Hari rabu saya bangun lewat dan ambil keputusan untuk tidak bekerja kerana saya rasa tidak dapat fokus bekerja dan lebih selesa tidak berhadapan dengan orang di pejabat.hari rabu saya pergi menyelesaikan urusan jpj,alignment tayar & membasuh kereta.

Hari rabu juga saya ambil keputusan untuk menginap di kuala lumpur atau kuantan untuk merehatkan minda saya.saya dapat tidur lena jika berada di tempat jauh dari rumah.Hari khamis saya ambil keputusan untuk ke kuantan dan menginap dan membeli belah di sana.

Saya telah lama berharap untuk belajar menunggang kuda.saya hubungi equine centre,pada mula saya ingatkan slot saya hanya sekali tetapi pemilik ambil keputusan untuk memberi saya 5 slot iaitu pagi dan petang kerana saya berada jauh dari sini dan saya susah untuk ke sana.pemilik juga berkata untuk latihan perlukan sesi yg tidak jarak banyak harinya.

Maka bermula hari jumaat merupakan slot pertama saya.saya tidak pernah menunggang kuda selama ini.saya sukakan kuda tetapi saya takut untuk menunggang.Tiga pusingan pertama tunggangan saya dipandu oleh pemilik.seterusnya saya dibiarkan untuk menunggang sendiri.saya masih rasa tidak yakin.sesi pertama saya tidak berjaya mengawal kuda.sesi pertama dalam 40 minit.

Antara sifat kuda yang saya tahu dan diberitahu ialah kuda sangat manja dan kuda akan mengenali kita melalui bau badan kita.kuda akan percaya pada kita jika kita memberi makan dengan tangan kita sendiri dan memandikan kuda.selain itu kuda tidak akan berjalan atau melepasi pagar walaupun pagar tersebut rendah sahaja.kuda juga dapat tahu jika kita takut.kudai suka dibelai.

Slot kedua saya,saya semakin yakin.saya menunggang sendiri dan jurulatih hanya melihat dari jauh.slot ketiga saya diajar untuk berdiri di atas kuda untuk persediaan trot.trot adalah penunggang bangun dan duduk sambil kuda berlari.slot keempat jurulatih cuba mengajar saya menunggang laju,tetapi saya rasa tidak seimbang.slot kelima juga saya masih tidak berjaya untuk trot.slot keenam dan ketujuh jurulatih meramal saya dapat melakukan trot.minggu hadapan saya akan ke sana untuk sesi keenam dan ketujuh.

Saya rasa seronok sangat dapat menunggang kuda dan membelai kuda.saya dapat senyum dan ketawa semasa berlatih menunggang kuda.saya dapat melupakan rasa sedih dan saya rasa segar.

Sesi keempat peha mula terasa sakit.sebelah malam saya menyapu krim halia agar rasa sakit berkurangan.jurulatih mengatakan sakit di peha dan belakang biasa bagi orang yang baru belajar kerana badan masih cuba menyesuaikan diri.

Saya akan terus belajar menunggang sehingga berjaya melakukan canter.canter dilakukan dengan penunggang hanya duduk dan kuda berlari.Saya juga berharap agar saya kembali bersemangat dan ceria seperti dulu.

#IamNotAshamed

#TeamIamNotAshamedMy

Advertisements

Author: Cik Kosong

Seorang wanita yang ingin berkongsi kisah hidup sebagai pesakit major depressive disorder with borderline personality trait

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s