Janjitemu doktor

Hari selasa merupakan janjitemu doktor selepas seminggu diberikan cuti sakit. Janjitemu saya adalah sebelah pagi. Kebiasaannya pada hari janjitemu saya akan tolak ke tempat kerja awal agar dapat sarapan pagi di pejabat. Setiap kali janjitemu berat badan akan direkodkan. Pada janjitemu ini doktor bertanyakan keadaan saya. Pada hari ini saya dapat senyum berbeza sangat dengan seminggu sebelum saya rasa sangat sedih dan tidak bermaya. Saya menceritakan kepada doktor saya mengambil keputusan untuk belajar menunggang kuda di Kampung Permatang Batak. Saya menceritakan sesi latihan dan yuran kepada doktor. Saya rasa belajar menunggang kuda merupakan keputusan terbaik untuk saya mendapatkan diri saya semula yang hanyut dalam kesedihan. Saya juga menceritakan kepada doktor bahawa saya dapat tidur lena semasa berada di Kuantan. Salah satu cara untuk saya menenangkan diri saya ialah dengan pergi bercuti. Walaupun letih perjalanan tetapi saya dapat tidur lena dan dapat menggembirakan hati saya dan seterusnya dapat menyegarkan diri saya juga. Doktor memberitahu saya agar meneruskan aktiviti yang saya suka dan dapat menggembirakan hati saya.Doktor juga menasihati saya agar mengabaikan kata-kata yang menjatuhkan semangat saya. Doktor telah menaikkan dose ubat saya dan meminta saya berjumpa dengan doktor jika saya rasa teruk.

Hari ini saya telah menelefon hotel berhampiran dengan kampung Permatang Badak agar saya dapat berehat dan bersedia untuk 2 lagi kelas menunggang kuda. Minggu ini jurulatih saya memaklumkan yang saya akan mencuba sesi trot. Saya rasa seronok dan tidak sabar untuk menjadi mahir menunggang kuda. Saya rasa seronok dapat bermanja dengan kuda dan saya juga seorang yang sukakan haiwan.

Advertisements

Author: Cik Kosong

Seorang wanita yang ingin berkongsi kisah hidup sebagai pesakit major depressive disorder with borderline personality trait

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s