Latihan menunggang kuda di pantai

Hujung minggu baru ini saya pergi ke Kampung Permatang Badak, Kuantan untuk menyambung latihan menunggang kuda. Latihan pada hari sabtu pagi dan petang dan ahad pagi. Saya bertolak dari rumah pagi sabtu pada pukul 7.15am dan sampai di padang latihan pada 9.30am. Sesi pagi bermula sebaik sahaja saya bersedia. Walaupun rasa agak penat selepas memandu tetapi saya cuba untuk fokus berlatih. Saya masih lagi fasa walk dan saya cuba untuk trot. Saya hanya mampu trot untuk seketika.Jurulatih memberi semangat kepada saya dan mengatakan bahawa ramai yang seperti saya agak lambat untuk belajar trot tetapi akhirnya berjaya setelah beberapa sesi. Jurulatih mengingatkan kepada saya latihan perlulah konstan. Jurulatih memberitahu disebabkan oleh kekangan masa dan jauh, seelok-eloknya latihan saya sebulan sekali dengan 4 sesi. jurulatih berkata orang yang agak berisi badan agak sukar untuk membuat trot tetapi dengan latihan dan semangat boleh berjaya.

Selesai sesi latihan pagi saya makan tengahari di KFC. Kul 2pm check-in di hotel berhampiran iaitu City Times Hotel yang hanya 3.5km dari tempat latihan.  Saya ambil kesempatan untuk mandi dan tidur bagi mrnghilangkan letih. Kul 5pm bermula semula latihan saya. Saya masih cuba untuk trot tetapi masih sukar untuk mencari ritma kuda.Setiap kali latihan saya akan menaiki kuda 2 kali dan masa menunggang kuda bergantung kepada kesediaan kita dan keyakinan jurulatih. Selingan antara masa saya menunggang kuda, saya akan melihat teknik yang diajar oleh jurulatih kepada pelajar lain.Saya cuba untuk ingat apa yang saya lihat dan pelajari. Sebelum pulang ke hotel, jurulatih memberitahu esok pagi latihan akan diadakan di Pantai Balok, Kuantan. Saya rasa sangat seronok kerana ini merupakan kali pertama dalam hidup saya dapat menunggang kuda di tepi pantai. Makan malam saya di McD. Saya makan bubur,cakoi dan apple pie. Saya ingin mencari restoran tetapi saya tidak tahu restoran yang masakan sedap di tempat berhampiran.

Kos saya menginap di hotel adalah rm 108 termasuk sarapan pagi. Esok pagi saya telah check-out setelah sarapan pagi di hotel.Saya bertolak ke pantai dari hotel pukul 7.40am. Saya pergi ke pantai berpandukan google maps. Saya banyak menggunakan google maps untuk pergi ke mana-mana destinasi yang saya tidak mahir. 3 kali saya mengundurkan kereta saya kerana arah yang ditunjukkan oleh googlemaps  jalan kecil. Saya sampai di pantai pada pukul 8.30am. Pukul 9am bermulalah sesi belajar menunggang kuda di tepi pantai. Sepanjang saya menaiki kuda saya senyum lebar dan rasa sangat gembira. Saya menunggang kuda di pesisir pantai di temani deruan ombak,percikan air dan angin sepoi-sepoi bahasa. Kali ini jurulatih saya mengambil gambar saya dan merekod sesi latihan saya. Rasa gembira dan seronok yang sukar untuk dibayangkan. Saya rasa bebas. Jurulatih memberitahu karektor kuda berbeza apabila berada di tempat luas dan kena berhati-hati sepanjang masa. Sesi di pantai diakhiri dengan mandi pantai bersama kuda. Saya bertolak pulang dari pantai pukul 2.30pm dan sampai ke rumah pukul 4.30pm.

Sebelah malam saya masih rasa segar. Saya membasuh baju,menjemur baju dan mengemas bilik. Esok pagi saya tidak rncang untuk bercuti tetapi saya rasa sangat letih dan tidak larat untuk bangun.Keesokan harinya baru saya terasa letih. Saya memohon cuti dari ketua unit saya. Sebelah malam nya saya tidur kul 9.30am dan berjaya bangun awal untuk bekerja. Saya rasa tidak puas melihat video semasa saya menunggang kuda di tepi pantai.Saya akan ingat pengalaman yang menyeronokkan ini.

Advertisements

Author: Cik Kosong

Seorang wanita yang ingin berkongsi kisah hidup sebagai pesakit major depressive disorder with borderline personality trait

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s