Majlis perkahwinan sepupu lelaki

Dua minggu ni keluarga besar saya sibuk dengan majlis perkahwinan sepupu lelaki saya. Sepupu lelaki saya ini merupakan anak tiri mak saudara yang saya tinggal dirumahnya. Minggu lepas selama empat hari kami pergi ke Kedah dan tinggal di rumah saudara di Perlis. 

Hari sabtu sebanyak 3 kereta kami pergi ke Kedah iaitu seramai 10 orang. Kami bertolak dalam pukul 8.30am.kami singgah di beberapa rnr tuk berehat.kami singgah di rnr tapah & gurun.Perjalanan makan masa yang lama kerana banyak jalan sesak dengan kereta kerana cuti sekolah. Kami samp di Perlis pada pukul 9.30pm.perjalanan makan masa 12jam. 

Majlis akad nikah pada hari ahad. Majlis diadakan di masjid berdekatan. Akad berjaya dengan sekali lafaz. Makan tengahari di rumah pengantin perempuan. Selesai majlis, kami ke Padang Besar membeli beberapa barang seperti seluar, baju, makanan dan krim muka. 

Hari Isnin merupakan majlis bersanding. Majlis bermula pukul 12.30pm.Semasa waktu makan hari hujan lebat seketika. Walaubagaimanapun majlis berjalqn lancar kerana kanopi bahagian meja makan mencukupi.

Selesai majlis dalam pukul 2pm kami bertolak balik. Sepanjang perjalanan kami menempuh hujan dan panas. Kami singgah di beberapa rnr tuk berehat dan solat. Kami sampai ke rumah pada pukul 1am. Perjalanan pulang juga memakan masa 12jam.  

Sabtu baru ini pula majlis bertandang disini. Majlis diadakan di dewan orang ramai di taman. Majlis berjalan lancar. Majlis diserikan dengan tarian tradisional dan lagu-lagu resepsi. Saya menjadi penyambut tetamu sepanjang majlis.Kami berpuas hati dengan makanan yang disediakan oleh katering.Aiskrim juga disediakan sebagai pencuci mulut. Majlis selesai sebaik sahaja bermula azan asar kul 4.30pm.

Saya rasa seronok melihat majlis berjalan lancar dan dapat berjumpa dengan sanak saudara. Sejak khamis lepas sehingga kini saya demam, batuk dan selesema.Hari ini juga saya tidak bekerja kerana masih rasa lemah.  Saya berharap kesihatan saya bertambah baik.

Advertisements

Author: Cik Kosong

Seorang wanita yang ingin berkongsi kisah hidup sebagai pesakit major depressive disorder with borderline personality trait

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s