Makan tengahari bersama famili

Pada 19/12/2017 kakak kedua saya mesej whatsapp saya mengajak saya makan tengahari bersama dgn famili di rumah emak saya. Ini merupakan kali ke 2 saya makan bersama famili saya. Saya makan bersama mak, kakak ke2 dan anak saudara iaitu anak kepada kakak ke2 saya. Saya cuba untuk mengawal perasaan saya.

Saya boleh memaafkan tapi melupakan itu sesuatu yang susah.Sepanjang balik ke pejabat semula saya menangis. Sampai di tempat meletak kereta, saya masih menangis.Di bilik pejabat juga saya masih menangis.Dalam perjalanan balik selepas bekerja, saya masih menangis.

Saya tak dapat nak menerangkan apa yang saya rasa.Saya masih rasa terluka dan teringat layanan keluarga kepada saya. Saya mengingatkan dan cuba memujuk diri saya sendiri agar memaafkan dan melupakan perkara sedih tetapi saya tidak mampu.

Advertisements

Berlatih bermain keyboard

Pada 25/11/2017 sahabat saya menawarkan diri untuk melatih saya bermain keyboard.Sudah bertahun saya berlatih keyboard, baru tahun ni saya ada kesempatan untuk belajar. Kami saya datang ke rumah saya pada hujung minggu. Sebelum ni kawan saya telah belajar bermain piano di studio muzik.

Setakat ni saya hanya mampu untuk belajar dengan kawan baik saya. Saya rasa seronok dapat belajar bermain keyboard. Saya rasa hilang kesedihan saya buat seketika.Saya sudah lama mengimpikan untuk pandai bermain alat muzik seperti piano, keyboard atau gitar.

Saya harap saya semakin mahir bermain keyboard.sekurang-kurangnya dapat bermain beberapa lagu yang mudah. Saya harap saya komited untuk belajar.

Kursus pengurusan jenazah

Pada 08/11/2017 bersamaan hari rabu, saya mengikuti kursus pengurusan jenazah anjuran jabatan tempat saya bekerja. Kursus ini bermula dari 8 pagi sehingga 5 petang. Kursus ini berlangsung di auditorium.Ramai staf yang mengikuti kursus ini.

Penceramah bagi kursus ini ialah imam masjid di bandar. Kursus ini bermula dengan teori dan diakhiri demgan praktikal pada sebelah petang.

Pada sebelah pagi,imam tersebut memberi penerangan dan tertib mengenai pengurusan jenazah.Sebelum rehat, beliau menunjukkan cara untuk mengkafankan jenazah. Waktu rehat disediakan makanan bagi peserta.

Pada sebelah petang kami dipecahkan kepada beberapa kumpulan bagi praktikal mengkafankan jenazah.Selesai praktikal kami berkumpul semula di auditorium, kuiz diadakan.bagi peserta yang berjaya menjawab soalan akan diberikan hadiah. Penghujung kursus kami bergambar bersama untuk kenang-kenangan.

Saya merakam video semasa imam menunjukkan cara memandi dan mengkafankan jenazah.Saya juga merakam audio sepanjang sesi teori.Saya suka dapat menimba ilmu berkaitan agama dan memperbetulkan apa yang salah.

Erezeki

Pada 21 oktober saya mengikuti kursus erezeki di kolej komuniti.Kursus ini adalah anjuran MDEC. Kursus bermula pukul 8.30am sehingga 4.30pm. Saya teringin untuk mencuba kerja sampingan. Seramai 12 orang mengikuti kursus ini. Kali ini saya mengikuti sendiri kursus ini tanpa sahabat saya. Sahabat saya pernah mengikuti kursus ini.Kursus ini adalah percuma dan ditaja oleh MDEC. Kursus juga menyediakan makan tengahari.

Pada sebelah pagi kami didedahkan dengan teori. Kami diajar cara untuk mendaftar erezeki. Kemudian kami diperkenalkan kategori bidang kerja yang terdapat di erezeki. Kami didedahkan dengan bidang kerja yang mudah. Kami diajar cara untuk terima tugas dan mendaftar di website yang diingini. Antara tugas yang diperkenalkan kepada kami ialah dropship, mencuba website @ aplikasi baru, viralkan cerita, menjual gambar dan sebagainya.

Saya rasa seronok dapat mencuba pelbagai tugas. Erezeki memudahkan untuk kita mencari kerja mengikut kesesuaian kita. Diakhir kursus saya menerima sijil kehadiran.

Kursus Pendapatan Penambahan Dropships

Pada 14 oktober 2017 saya mengikuti kursus pendapatan penambahan dropships di kolej komuniti.Saya mengikuti kursus ini kerana saya telah lama ingin mengetahui lebih lanjut mengenai dropships. Saya menghadiri kursus ini bersama seorang sahabat saya. Kelas bermula pukul 8.30am dan berakhir pada 4.30am.

Sahabat saya menjemput saya dirumah dan kami sarapan pagi di bandar. Saya menikmati secawan air milo panas dan pulut bersama rendang ayam.

Seramai 9 orang menghadiri kursus ini. Kami diajar cara untuk mendaftar dropships produk dari kumoten dan platform jualan di 11street. Pendaftaran kumoten mudah dan cepat. Kami juga diajar cara untuk memilih produk dan mengurus site produk sendiri seperti cara promosi di site dan cara untuk order item yang ingin dibeli dari kumoten.

Bagi pendaftaran 11streets kami memerlukan dokumen seperti kad pengenalan, bill utiliti dan buku akaun bank. Penceramah memberitahu agar membuat palang dan menulis ‘for 11street use only’ pada dokumen penting supaya tiada penyalahgunaan dokumen di kemudian hari. Permohonan pendaftaran 11street memerlukan sehingga 2 minggu untuk pengesahan. Kami dimaklumkan kumoten boleh integrate dengan 11streets dan ini memudahkan pengiklanan produk.

Selain itu penceramah menunjukkan cara untuk memohon pendaftaran di lazada dan lelong.my. Penceramah memaklumkan terdapat platform yang mengenakan cas bulanan untuk menggunakan platform jualan tersebut.

Kami berehat pada pukul 12.30pm sehingga 2.30pm. Kami makan tengahari di pizza hut di bandar. Pada sebelah petang, penceramah mengajar cara copywriting. Akhir kursus kami diberikan sijil kehadiran.

Habis kursus saya dan kawan ke pusat membeli-belah. Kami menonton wayang geostorm. Jalan cerita menarik dan penuh aksi. Kami pulang ke rumah masing-masing pada pukul 11.30pm. Saya rasa seronok dapat menuntut ilmu dan bersama sahabat saya.

Hujung minggu

Hari ini saya bangun lewat kerana malam semalam saya pergi wayang tengok cerita the foreigner bersama sahabat baik saya. Hampir setiap minggu saya dan sahabat baik meluangkan masa bersama pada setiap hari malam jumaat makan malam bersama dan menonton wayang. Seronok rasa setiap minggu dapat bersama sahabat baik.Sekiranya waktu tayangan lewat sedikit,kami akan cuci mata melihat jualan di shopping complex.

Hari ini saya ke kedai tayar untuk membuat alignment dan balancing tayar. Selepas itu saya mungkin akan ke kedai barangan elektrik untuk membeli dekoder iptv untuk mak saudara saya.

Hari ini saya rasa penat sedikit mungkin kerana kerja di pejabat banyak dan saya tidur lewat kerana menyiapkan kerja di rumah waktu malam.

Hari ini cuaca mendung mungkin kerana musim hujan sudah bermula.Setiap hari pada sebelah petang akan hujan ada masanya sehingga lewat malam.

Rasa mengantuk menunggu alignment tayar selesai.Selepas makan terasa hendak mencari tudung baru.Tidung yang selalu saya pakai sewaktu bekerja telah lusuh.

Sekarang saya rasa lebih tenang dari sebelum ini yang mana saya rasa gelisah.Saya mula tidak menghiraukan perkara dan fikiran negatif berlegar dalam pemikiran saya.Saya sentiasa makan ubat mengikut arahan doktor.

Nenek meninggal dunia

Pagi semalam nenek saya meninggal dunia.Beliau berumur 91 tahun. Beliau meninggal dunia kerana sakit tua. Saya mengetahui nenek saya nazak pada tengah malam semalam apabila sepupu saya menghantar mesej. Saya balik ke kampung esok pagi sebelum pergi kerja. Saya berbelah bagi untuk berada di kampung @ bekerja kerana ada sistem yang perlu saya pelajari pada hari tersebut.Maka saya masuk kerja lewat sedikit.Pada pukul 11am nenek saya meninggal dunia. Pada pukul 6pm selamat dikebumikan di tanah perkuburan kampung.

Saya rasa sedih sangat kerana saya sudah tiada datuk dan nenek.Sehingga sekarang saya masih rasa sebak.Saya cuba untuk tidak menangis di pejabat. Ada ketika saya mengalirkan air mata. Malah sambil menaip blog ini air mata saya masih mengalir di pipi.Saya rasa kehilangan yang sangat besar.