Lawatan ke Perth, Australia 16/4/2017 (ahad)  – 20/4/2017 (khamis) 

16/4/2017 (Ahad) 

a) Perjalanan ke Perth : 9.45 am – 4.41 pm

b) Penginapan di The Alderney on Hay Apartments : 5.20 pm 

17/4/2017 (Isnin)  

a) Mandurah Canal Cruise : 9.45 am – 11.00 am

b) E-shed Mart di Fremantle Ports (dibuka pada Jumaat – Ahad & Cuti Am) : 11.00 am -1.00 pm

c) Kailis Fish Market Cafe di Waterfront Fremantle : 1.00 pm – 2.00 pm

d) Fremantle Roundhouse : 2.00 pm – 2.10 pm

e) Fremantle Market : 2.20 pm – 2.40 pm

f) Watertown Brand Outlet Centre : 3.20 pm – 5.00 pm
18/4/2017 (Selasa)

a) Caversham Wildlife Park : 9.27 am – 11.20 am

b) Margaret River Chocolate Factory : 11.35 pm – 12.30 pm

c) The House of Honey : 12.35 pm -12.45 pm

d) Makan2 Cafe & Chemist : 1.25 pm – 2.20 pm

e) Carousel Westerfield : 3.45 pm -5.15 pm

19/4/2017 (Rabu)

a) Raeburn Orchards : 10.00 am- 10.30 am

b) Masonmill Fresh Gardens : 10.45 am – 11.45 am

c) Restoran Love & Care : 1.00 pm-2.00 pm

d) City Central : 2.00 pm – 3.15 pm

e) Perth Mosque : 4.00 pm – 4.20 pm

f) Kings Park and Botanic Garden : 4.40 pm – 5.00 pm
20/4/2017 (Khamis) 

a) Restoran Love & Care : 10.20 am – 10.40 am

b) City Central : 10.40 am – 12.00 pm

c) Kings Park and Botanic Gardens : 12.30 pm – 12.40 pm

d) Perjalanan ke lapangan terbang : 1.30pm – 2.00pm

e) Perjalanan pulang ke Kuala Lumpur : 4.35pm – 10pm

Saya mengikuti pakej pelancongan ke Perth selama 5 hari. Pakej pelancongan yang dianjurkan oleh kawan saya.Kawan saya nengajak pergi bersama tetapi kawan saya terpaksa batal niat kerana tidak sihat. Saya merasa sedikit kecewa kerana kawan saya tidak dapat pergi tetapi saya teruskan juga niat untuk pergi ke sana.

Seramai 8 orang dalam pakej yang sama. Seramai 7 orang wanita & seorang lelaki kerana terdapat sepasang suami isteri. Perth mengambil masa 5 jam perjalanan. Saya sedikit takut kepada ketinggian maka perjalanan pergi agak mencabar bagi saya. Sepanjang di dalam kapal terbang saya rasa pening dan tidak selesa apa bila kapal terbang bergoyang.Penumpang di sebelah saya menawarkan gula-gula kepada saya agar rasa sedikit selesa. 

Peraturan di Australia agak ketat. Kami perlu menjawab soalan pada kad yang disediakan & perlu beri kepada pihak kastam. Penumpang perlu isytihar barang yang di bawa bersama seperti ubat-ubatan dan makanan. Terdapat 3 laluan untuk keluar iaitu tanpa halangan, beg di scan & laluan anjing menghidu barangan. Saya isytihar saya membawa ubat dan sedikit makanan ringan.Maka saya perlu melalui laluan yang anjing akan menghidu beg. Sekiranya tidak pasti untuk menanda kad, anda boleh bertanya kepada pramugari. Mereka akan membantu anda. Semasa kastam menyemak kad, pegawai bertanya ubat apa yang saya bawa & jenis makanan. Pesanan saya ialah lebih baik anda isytihar kerana ada pelancong yang tidak isytihar akhirnya beg mereka dibuka & ada barangan yang akan diambil oleh pihak kastam.Peraturan kerajaan Australia ketat. Kumpulan kami agak lama di bahagian kastam. Walaubagaimanapun tiada isu yang kami alami. 

Kami disambut oleh pemandu coach. Hari pertama tiada aktiviti kerana kami sampai lewat dan semua kedai ditutup selepas pukul 5pm & bas pun berhenti operasi kul 6pm. 

Aktiviti kami bermula 9am dan habis pada 5pm.Cuaca sejuk air-conditioned.Pukul 9pm sangat sejuk sehingga saya pakai stoking tebal, baju sejuk dan sarung tangan di rumah. Waktu siang cuaca tidak berapa sejuk, saya hanya memakai stoking nipis & jaket. 

Hari ke-2 sehingga akhir, kami disambut oleh pemandu pelancong. Setiap hari ada aktiviti membeli-belah. Kami di bawa ke tempat-tempat menarik di sekitar Perth. 

Kami dimaklumkan cara hidup di Perth seperti waktu kerja, gaji, makanan, barang rumah, rumah dan sebagainya.Antara yang pemandu pelancong cerita ialah jenis rumah perlu sama bagi setiap kawasan seperti ada kawasan yang boleh rumah setingkat sahaja & perlu bina garaj,  makanan di restoran mahal tetapi barangan makanan murah, ada gaji minimum dan kedai dibuka kul 9am dan tutup pada 5 pm. Setiap beberapa blok akan jumpa restoran halal. Orang di sini juga peramah.Keadaan di Perth tidak sesak dengan trafik dan saya rasa aman berada di sana. 

Sepanjang 5 hari kami penuh dengan aktiviti di waktu siang. Berhampiran dengan apartmen kami terdapat kedai menjual barang makanan 24j. Waktu malam kami hanya berehat di rumah.Waktu matahari terbit awal maka waktu solat lebih awal dari Malaysia walaupun waktu adalah sama dengan Malaysia. 

Hari terakhir kami berjalan kaki sekitar bandar Perth. Rekabentuk bangunan unik. Ada bangunan lama yang diubah dan dikekalkan bahagian pintu masuk.Mereka masih cuba memelihara bangunan lama. Di sini terdapat bas percuma iaitu red cat yellow cat dan green cat. Ketiga-tiga bas ini melalui laluan yang berbeza. Pemandu pelancong kami banyak menggunakan kemudahan bas tersebut.Harga parking kereta agak mahal disini, oleh itu ramai yang menggunakan perkhidmatan bas percuma ini. Cukai yang dikenakan kepada penduduk agak tinggi tetapi kemudahan yang diberikan kepada penduduk bagus. 

Pada belah pagi dan malam makanan dihantar ke apartmen kami. Makan tengahari kami di Kailis fish market cafe, makan2 cafe dan love and care.

Setiap hari kami dibawa ke tempat membeli-belah.saya dapat membeli buah tangan untuk saudara-mara di e-shed marts. Di sini harga barang murah berbanding tempat lain. E-shed marts hanya dibuka pada hari jumaat-ahad dan cuti umum. Kami beruntung kerana hari isnin merupakan hari cuti umum, maka kami banyak membeli di e-shed.Di Chemist pula menjual minyak wangi murah. Bagi yang suka minyak wangi bolehlah membeli disini.Kedai Reject Shop di sini pula seperti kedai rm2 dan rm5 di Malaysia. Pelbagai barang rumah di jual dengan harga murah. Saya membeli lampu solar berbentuk bunga berharga aud 1.Saya tidak pernah melihat lampu solar seperti ini di tempat saya. Kedai Target pula menjual pakaian murah. 

Saya rasa sangat gembira dan tenang berada di Perth. Destinasi seterusnya saya masih tidak tahu dan berharap saya dapat melancong ke tempat lain. 

Masuk wad kerana Acute coronary syndrome 

Dua minggu yang lepas merupakan hari janjitemu doktor psikiatri. Sebelum janjitemu saya akan sarapan pagi. Kemudian ke kaunter pendaftaran pesakit luar. Waktu menunggu bertemu doktor tidak lama. 

Semasa janjitemu saya menceritakan aktiviti,  perasaan dan kesihatan saya. Sedang saya menceritakan keadaan saya, saya rasa dada berdebar dan pening kepala. Saya mengadu kepada doktor. Doktor memeriksa tekanan darah saya, tekanan darah saya tinggi sedikit dari biasa. Doktor mencadangkan agar saya ke klinik sejahtera jika saya rasa larat untuk menunggu giliran atau ke jabatan kecemasan dan trauma sekiranya saya rasa semakin teruk. 

Selesai janjitemu di klinik psikiatri saya ke klinik sejahtera.Semasa menunggu saya rasa semakin sakit dada dan rasa seperti hendak pitam. Saya dihantar ke zon kuning di jabatan kecemasan.Saya rasa semakin teruk dan sangat tidak selesa. Doktor mencadangkan agar saya dimasukkan ke wad.

Doktor maklumkan yang saya kemungkinan mengalami acute coronary syndrome.Saya berada di wad selama 3 hari. Setiap hari saya akan diberikan ubat untuk janjung seperti ubat untuk mengawal kalori dan ubat mencairkan darah. Selama 2 hari saya masih rasa dada sakit dan sempit. Rakan sekerja dan kawan baik datang melawat saya. 

Hari ke 3 saya dibenarkan keluar selepas menerima ubat melalui cucuk di bahu. Doktor mencadangkan agar saya melakukan ujian stress. Minggu tersebut saya diberi cuti sakit. Selepas beberapa hari saya rasa kurang sakit dada. Janjitemu saya dengan doktor perubatan am dalam bulan ogos. Setiap hari saya perlu makan ubat untuk jantung. 

​Hidupku kerana Allah

Setiap hari menggerakkan diri untuk bangun menempuh hari seterusnya
Setiap hari meyakinkan diri bahawa hari ini lebih baik dari semalam 
Setiap hari melawan fikiran negatif dengan fikiran positif
Setiap hari menguatkan badan melawan rasa letih tidak bermaya
Setiap hari cuba menonjolkan diri walaupon hanya mahu duduk seorang diri
Setiap hari mengharapkan pelangi walaupun merasakan diri diselubungi awan hitam

Setiap hari mencari matlamat hidup walaupun merasakan diri tidak mampu

Akan aku tempuh hari mendatang dengan pengharapan kerana hidupku adalah kerana Allah

Mengajar Kursus Sistem

Hari ini merupakan hari pertama dari 7 hari kursus sistem. Saya merupakan pengajar kepada sistem yang digunakan di pejabat. 2 hari seminggu kursus ini akan diadakan. Kursus hari ini berjalan lancar kerana peserta mendengar dengan tekun. Kursus habis awal dari jangkaan masa.

 Hari ini dan hari-hari sebelum saya rasa sangat penat. Saya rasa boleh tidur 1 hari. Saya rasa tidak sihat dan lemah. Saya pernah mengadu kepada doktor psikiatri.Doktor memberitahu orang yang mengalami depressi akan merasa letih sepanjang masa. 

Saya berharap agar badan saya kembali segar dan saya tidak berasa penat seperti sekarang. Saya tidak pasti apa yang patut saya buat. Walaupun saya tidur awal saya masih akan rasa lemah.Saya rasa hendak baring seharian. 

Bulan Rejab puasa ganti

Sekarang saya rasa penat. Saya dah selesai mandi dan makan ubat. Hari ini saya mula puasa ganti.Selepas hari ini saya ada lagi 3 hari untuk puasa ganti. Tahun ini saya perlu ganti 10 hari. 6 hari saya telah ganti semasa bulan syawal. Setiap tahun saya akan ganti puasa dalam bulan syawal dan selebihnya bulan Rejab dan Syaaban. Sahur saya bangun pukul 4.20am.saya makan 2 keping roti bakar dan telur mata kerbau semasa sahur dan saya akan habiskan 1.5 liter air.hari ini saya tolak kerja awal.sepanjang hari saya rasa letih dan mengantuk.pagi tadi saya sampai kerja awal maka saya lelap sebentar. Tengahari saya hendak tidur tetapi ada kerja yang perlu diselesaikan.petang balik kerja saya ke pasar malam di bandar untuk membeli makanan berbuka puasa. Saya membeli nasi lemak sambal kerang,ayam goreng, cendawan goreng dan kuih cakoi. 

Esok saya akan berpuasa juga. 2 hari lagi saya akan sambung di minggu hadapan. Saya rasa letih sangat mungkin kerana telah lama tidak puasa.kali terakhir puasa di bulan syawal.

harapan saya agar saya dipanjangkan umur dan dapat berpuasa di bulan Ramadan dan menyambut syawal. Hari ini cabaran kepada saya kerana saya masih batuk. Tekak bertambah kering dan sakit kerana batuk masih tidak berkurangan. 

Hujung minggu

Hujung minggu ni iaitu pada hari sabtu saya pergi inai rambut dan facial treatment di bandar. janjitemu mula pukul 10am dan selesai pukul 1.30pm.saya sudah menjadi pelanggan tetap setiap bulan bermula bulan Februari tahun lepas. Saya rasa selesa dengan servis kakak ini. Kakak maklum kepada saya ramai pelanggannya mengenali saya. Kakak ini juga banyak bercerita mengenai famili dan dia. Saya lebih banyak mendengar dari bercerita.

Selesai janjitemu saya ke restoran untuk makan tengahari. Kemudian saya mengambil cadar yang selesai cuci di dobi. Saya ke supermarket membeli barang dan makanan. Laluan ke supermarket sesak dengan kereta kerana terdapat food festival. Saya membeli handbag ke pejabat kerana handbag yang lama telah teruk. Saya juga membeli selfie stick, blouse, international adapter, lip gloss,pencuci muka, bedak badan dan barang makanan. Saya juga singgah ke secret recipi untuk makan malam.Apabila sampai rumah hujan turun dengan lebat. Saya tidur awal dan hari ini saya bangun pukul 11am. 

Hari ni saya rasa cepat masa berlalu. Hari ini saya hanya duduk di rumah mencuci pakaian dan seterika baju kurung ke pejabat untuk seminggu.Sekarang saya berehat sambil menonton rancangan tv. Saya rasa macam nak cuti lebih lama untuk berehat di rumah.Saya harap esok saya ada semangat untuk ke pejabat.

Janjitemu doktor

Semalam merupakan janjitemu doktor di klinik psikiatri.Janjitemu saya pukul 8.30am.Sebelum janjitemu saya dan ketua unit saya membeli sarapan dan sarapan di pantry pejabat. 

Selesai makan saya ke kaunter pendaftaran klinik.pendaftaran kali ini sekejap sahaja kerana pesakit tidak ramai. Selesai pendaftaran saya ke klinik untuk menunggu giliran. Dalam 20 minit menunggu, nombor saya dipanggil. 

Apabila masuk ke bilik doktor, soalan pertama yang ditanya ialah keadaan kesihatan saya. Saya demam, batuk dan selesama semenjak khamis minggu lepas. Soalan kedua yang ditanya ialah bagaimana dengan perasaan saya dan adakah saya masih fikir hendak membunuh diri. Saya rasa biasa dan saya tidak rasa kosong kerana saya banyak masa berborak dan bersama dengan mak saudara, sepupu & kawan. Saya rasa letih sangat dan saya masih berjaga waktu tengah malam kerana saya mimpi yang menakutkan seperti ada orang yang ingin membunuh dan mencederakan  diri saya dan ada ketika saya bermimpi saya membawa kenderaan dengan cara merbahaya yang boleh mencederakan diri saya. Buat masa ini saya tidak mendengar bisikan suara.

Saya bertanya kepada doktor kenapa saya sentiasa bermimpi buruk dan saya rasa tidak bermaya dan saya rasa hendak tidur lama. Sekarang saya selalu terbangun lewat pergi kerja dan hujung minggu saya bangun lewat dan ada masanya bangun tidur hampir tengahari.Saya rasa tidak dapat fokus semasa bekerja. 

Doktor menerangkan kepada saya,penyakit seperti saya akan rasa dan alami seperti ini.Doktor memberitahu saya, saya mempunyai cluster b personality disorder dan menerangkan kepada saya sifat-sifat personaliti saya. 

Saya memaklumkan kepada doktor saya rasa ok apabila saya bersama saudara dan kawan2.Saya berharap sangat agar saya dapat tidur lena dan tidak bermimpi teruk.Saya berharap saya dapat rasa gembira. 

Doktor juga menerangkan dos ubat saya dinaikkan dan fungsi ubat-ubat ini. Antara fungsi ubat ini ialah cuba mengembalikan hormon gembira saya dan mengurangkan rasa sedih, rasa hendak mencederakan diri dan mengurangkan bisikan suara. Doktor juga menasihati saya agar makan ubat tidur sehingga saya dapat tidur lena dan berkualiti. 

Ubat yang saya makan sekarang ialah Quetiapine fumarate 400mg extended release tablet, mirtazapine 15mg orodispersible tablet & mirtazapine 30mg orodispersible tablet & ubat tidur diazepam 5mg tablet.