Resipi Kek Batik aka Kek biskut marie

Resipi kegemaran saya… 

Bahan-bahan :

1) 2 cawan milo

2) 2 sudu besar serbuk koko 

3) ½ tin susu pekat manis (tin yg biasa) *ikut tahap kemanisan masing2..

4) 1 buku buttercup

5) 1 paket biskut marie (plain)

6) 2 biji telur

7) 1/2 cawan air panas (masukkn koko dan milo)

Cara penyedian : 
 1) Cairkan butter dalam periuk.bila dah cair masukkan susu pekat.gaul sebati dengan api sederhana.

2) Masukkan milo dan serbuk koko yang telah dicairkan dalam air panas ke dalam periuk.gaul sehingga sebati.Pastikan tiada milo yg berketul2.

3) Masukan telur yang telah dipecahkan dan dikacau dalam mangguk ke dalam periuk. 

4) Kecilkan api dan masukkan biskut yg telah di patahkan ke dalam periuk dan gaul rata (biskut marie boleh patah 4 tapi jangan sampai hancur)

5) Masukkan dalam bekas/loyang.

6) Padatkan kek batik di dalam bekas tadi dengan menekan2 belakang sudu ke permukaan kek batik tu..bila dah padat simpan dlm peti sejuk supaya keras.Siap untuk dimakan. 

Advertisements