Lawatan ke Perth, Australia 16/4/2017 (ahad)  – 20/4/2017 (khamis) 

16/4/2017 (Ahad) 

a) Perjalanan ke Perth : 9.45 am – 4.41 pm

b) Penginapan di The Alderney on Hay Apartments : 5.20 pm 

17/4/2017 (Isnin)  

a) Mandurah Canal Cruise : 9.45 am – 11.00 am

b) E-shed Mart di Fremantle Ports (dibuka pada Jumaat – Ahad & Cuti Am) : 11.00 am -1.00 pm

c) Kailis Fish Market Cafe di Waterfront Fremantle : 1.00 pm – 2.00 pm

d) Fremantle Roundhouse : 2.00 pm – 2.10 pm

e) Fremantle Market : 2.20 pm – 2.40 pm

f) Watertown Brand Outlet Centre : 3.20 pm – 5.00 pm
18/4/2017 (Selasa)

a) Caversham Wildlife Park : 9.27 am – 11.20 am

b) Margaret River Chocolate Factory : 11.35 pm – 12.30 pm

c) The House of Honey : 12.35 pm -12.45 pm

d) Makan2 Cafe & Chemist : 1.25 pm – 2.20 pm

e) Carousel Westerfield : 3.45 pm -5.15 pm

19/4/2017 (Rabu)

a) Raeburn Orchards : 10.00 am- 10.30 am

b) Masonmill Fresh Gardens : 10.45 am – 11.45 am

c) Restoran Love & Care : 1.00 pm-2.00 pm

d) City Central : 2.00 pm – 3.15 pm

e) Perth Mosque : 4.00 pm – 4.20 pm

f) Kings Park and Botanic Garden : 4.40 pm – 5.00 pm
20/4/2017 (Khamis) 

a) Restoran Love & Care : 10.20 am – 10.40 am

b) City Central : 10.40 am – 12.00 pm

c) Kings Park and Botanic Gardens : 12.30 pm – 12.40 pm

d) Perjalanan ke lapangan terbang : 1.30pm – 2.00pm

e) Perjalanan pulang ke Kuala Lumpur : 4.35pm – 10pm

Saya mengikuti pakej pelancongan ke Perth selama 5 hari. Pakej pelancongan yang dianjurkan oleh kawan saya.Kawan saya nengajak pergi bersama tetapi kawan saya terpaksa batal niat kerana tidak sihat. Saya merasa sedikit kecewa kerana kawan saya tidak dapat pergi tetapi saya teruskan juga niat untuk pergi ke sana.

Seramai 8 orang dalam pakej yang sama. Seramai 7 orang wanita & seorang lelaki kerana terdapat sepasang suami isteri. Perth mengambil masa 5 jam perjalanan. Saya sedikit takut kepada ketinggian maka perjalanan pergi agak mencabar bagi saya. Sepanjang di dalam kapal terbang saya rasa pening dan tidak selesa apa bila kapal terbang bergoyang.Penumpang di sebelah saya menawarkan gula-gula kepada saya agar rasa sedikit selesa. 

Peraturan di Australia agak ketat. Kami perlu menjawab soalan pada kad yang disediakan & perlu beri kepada pihak kastam. Penumpang perlu isytihar barang yang di bawa bersama seperti ubat-ubatan dan makanan. Terdapat 3 laluan untuk keluar iaitu tanpa halangan, beg di scan & laluan anjing menghidu barangan. Saya isytihar saya membawa ubat dan sedikit makanan ringan.Maka saya perlu melalui laluan yang anjing akan menghidu beg. Sekiranya tidak pasti untuk menanda kad, anda boleh bertanya kepada pramugari. Mereka akan membantu anda. Semasa kastam menyemak kad, pegawai bertanya ubat apa yang saya bawa & jenis makanan. Pesanan saya ialah lebih baik anda isytihar kerana ada pelancong yang tidak isytihar akhirnya beg mereka dibuka & ada barangan yang akan diambil oleh pihak kastam.Peraturan kerajaan Australia ketat. Kumpulan kami agak lama di bahagian kastam. Walaubagaimanapun tiada isu yang kami alami. 

Kami disambut oleh pemandu coach. Hari pertama tiada aktiviti kerana kami sampai lewat dan semua kedai ditutup selepas pukul 5pm & bas pun berhenti operasi kul 6pm. 

Aktiviti kami bermula 9am dan habis pada 5pm.Cuaca sejuk air-conditioned.Pukul 9pm sangat sejuk sehingga saya pakai stoking tebal, baju sejuk dan sarung tangan di rumah. Waktu siang cuaca tidak berapa sejuk, saya hanya memakai stoking nipis & jaket. 

Hari ke-2 sehingga akhir, kami disambut oleh pemandu pelancong. Setiap hari ada aktiviti membeli-belah. Kami di bawa ke tempat-tempat menarik di sekitar Perth. 

Kami dimaklumkan cara hidup di Perth seperti waktu kerja, gaji, makanan, barang rumah, rumah dan sebagainya.Antara yang pemandu pelancong cerita ialah jenis rumah perlu sama bagi setiap kawasan seperti ada kawasan yang boleh rumah setingkat sahaja & perlu bina garaj,  makanan di restoran mahal tetapi barangan makanan murah, ada gaji minimum dan kedai dibuka kul 9am dan tutup pada 5 pm. Setiap beberapa blok akan jumpa restoran halal. Orang di sini juga peramah.Keadaan di Perth tidak sesak dengan trafik dan saya rasa aman berada di sana. 

Sepanjang 5 hari kami penuh dengan aktiviti di waktu siang. Berhampiran dengan apartmen kami terdapat kedai menjual barang makanan 24j. Waktu malam kami hanya berehat di rumah.Waktu matahari terbit awal maka waktu solat lebih awal dari Malaysia walaupun waktu adalah sama dengan Malaysia. 

Hari terakhir kami berjalan kaki sekitar bandar Perth. Rekabentuk bangunan unik. Ada bangunan lama yang diubah dan dikekalkan bahagian pintu masuk.Mereka masih cuba memelihara bangunan lama. Di sini terdapat bas percuma iaitu red cat yellow cat dan green cat. Ketiga-tiga bas ini melalui laluan yang berbeza. Pemandu pelancong kami banyak menggunakan kemudahan bas tersebut.Harga parking kereta agak mahal disini, oleh itu ramai yang menggunakan perkhidmatan bas percuma ini. Cukai yang dikenakan kepada penduduk agak tinggi tetapi kemudahan yang diberikan kepada penduduk bagus. 

Pada belah pagi dan malam makanan dihantar ke apartmen kami. Makan tengahari kami di Kailis fish market cafe, makan2 cafe dan love and care.

Setiap hari kami dibawa ke tempat membeli-belah.saya dapat membeli buah tangan untuk saudara-mara di e-shed marts. Di sini harga barang murah berbanding tempat lain. E-shed marts hanya dibuka pada hari jumaat-ahad dan cuti umum. Kami beruntung kerana hari isnin merupakan hari cuti umum, maka kami banyak membeli di e-shed.Di Chemist pula menjual minyak wangi murah. Bagi yang suka minyak wangi bolehlah membeli disini.Kedai Reject Shop di sini pula seperti kedai rm2 dan rm5 di Malaysia. Pelbagai barang rumah di jual dengan harga murah. Saya membeli lampu solar berbentuk bunga berharga aud 1.Saya tidak pernah melihat lampu solar seperti ini di tempat saya. Kedai Target pula menjual pakaian murah. 

Saya rasa sangat gembira dan tenang berada di Perth. Destinasi seterusnya saya masih tidak tahu dan berharap saya dapat melancong ke tempat lain. 

Advertisements