Hujung minggu yang memenatkan

Khamis baru ini pengurusan air memaklumkan tiada hari dari pukul 8am – 12am. Walaubagaimanapun air hanya ada kembali hari sabtu pukul 11pm. Pengurusan air tidak memaklumkan bahawa bekalan air akan dapat sepenuhnya selepas 3 hari. Hari khamis air masih mencukupi untuk mandi. Hari Jumaat dan Sabtu saya balik ke kampung kerana bekalan air sudah habis dan air masih ada di kampung. 

Pada awalnya saya ingin mengikuti kawan baik saya memasuki pertandingan woodball pada hari sabtu pagi. Walaupun kami tidak pernah bermain. Tetapi disebabkan masih tiada bekalan air, maka saya membatalkan niat. 

Pukul 10am sampai pukul 6pm semalam saya di pejabat bersama rakan sekerja untuk menyiapkan sudut eksa. Sekembali dirumah hanya air paip di luar rumah ada. Saya menadah air diluar rumah dan mandi dirumah. 

Hari ini iaitu hari ahad telah ada bekalan air sepenuhnya.pagi tadi selepas sarapan pagi,saya melipat pakaian,menyeterika baju kurung untuk seminggu untuk ke pejabat, mengemas bilik dan membasuh baju yang memerlukan basuhan tangan. 

Petang ini saya berihat sambil menonton rancangan tv. Saya rasa penat dan harap esok saya rasa segar dan dapat menunaikan kerja dengan sempurna.