Puasa

Hampir sebulan saya tidak menulis blog. Beberapa hari lagi akan menyambut Aidilfitri. Hari ini saya masih bertugas. Saya tidak memerlukan cuti lebih kerana saya sememangnya tinggal di kampung. Apabila duduk dekat dengan kampung,saya tidak terasa sangat mood raya seperti orang yang tinggal jauh dari famili. Dua, tiga hari ini saya tidak sihat. Saya demam waktu malam,selesema dan batuk. Saya tidak berjumpa doktor tetapi saya makan ubat demamdan selesema yang sedia ada di rumah. Pendingin udara di pejabat sejuk menyukarkan lagi selesema saya.Saya berharap sembuh segera.

Bermula semalam saya datang bulan. Tahun ini saya perlu menggantikan puasa selama 6 hari.2 hari pada awal Ramadhan dan 4 hari di hujung Ramadhan.Nampaknya tahun ini saya raya lebih awal. Hari sabtu ini saya akan balik kampung untuk membantu persediaan raya. Kebiasaannya siapa yang tidak berpuasa perlu merasa makanan yang disediakan untuk hari raya.Maka tahun ini giliran saya untuk merasa makanan seperti rendang, kuah kacang dan sebagainya. Hari ini saya mendengar lagu raya sambil menyelesaikan tugasan di pejabat. Tugasan di pejabat agak banyak walaupun bulan puasa. Banyak tugasan yang memerlukan saya berjalan dan berjumpa dengan staf jabatan lain.

Saya rasa seronok dihati hari ini dan harapnya lama saya akan rasa gembira.Perasaan saya amat cepat berubah. Dalam 1 hari saya boleh menangis, sedih, marah dan gembira. Ada masa saya sendiri tidak pasti kenapa saya akan rasa sedih sangat. Perubahan suasana atau perkara walaupun perkara remeh akan menyebabkan perasaan saya berubah secara drastik.

Mak saudara saya memaklumkan yang rumah saya hampir siap.Saya rasa tidak sabar untuk menginap di rumah sendiri.Saya rasa bersyukur kerana dikurniakan kerja yang dapat menampung perbelanjaan dan diri saya, kewangan yang lebih dari mencukupi untuk diri saya, kenderaan untuk saya ke merata tempat dan bakal memiliki rumah sendiri untuk saya berteduh. Mungkin ini juga salah satu sebab saya rasa seronok. Harap saya dapat pindah ke rumah sendiri secepat mungkin dan berjalan lancar.

 

 

 

 

Advertisements

Hujung minggu bermula puasa

Hujung minggu ini saya tidak keluar ke mana2. Saya telah membeli barang rumah dan makanan pada hari rabu yang lepas.Jumaat malam baru ni saya dan sahabat saya pergi menonton wayang cerita pirate of the Caribbean.Kami menonton wayang pukul 11.15pm kerana menunaikan tarawih dahulu. Kami membawa baju sejuk dan saya membawa sarung tangan kerana tidak tahan sejuk dalam pawagam. Ceritanya kelakar seperti sebelum ni dan juga penuh aksi.Saya melihat cerita ini tanpa mengantuk. Sayq mudah mengantuk dan tertidur sekiranya cerita bosan.

Hari sabtu saya membuat kek batik. Hari ini saya memasak sardin goreng dan ikan pekasam yang sahabat saya berikan. Hari semalam dan hari ini saya tidak dapat puasa kerana datang bulan. Kemungkinan esok atau lusa saya dapat berpuasa.Hujung minggu ini saya berehat dirumah sahaja.Semalam dan hari ini saya mengemaskini blog terbaru saya.blog tersebut saya ingin berkongsi cerita pengalaman saya melancong dalam dan luar negara.

 Hari isnin baru ini saya terlepas janjitemu doktor o&g untuk melihat fibroid.Esok saya akan pergi ke klinik pakar o&g untuk mendapatkan tarikh janjitemu terbaru.harap hari esok saya boleh mula berpuasa.