Hujung minggu

Hujung minggu baru ini saya padat dengan aktiviti. Hari sabtu saya pergi servis kereta untuk 150,000 km. Servis dari pukul 8.30am – 11.30am. Saya sudah membuat janjitemu beberapa hari sebelum.Servis kereta meliputi menukar minyak hitam dan 2 servis bagi mengembalikan prestasi kereta kerana kilometer. Saya suka servis kereta di sini kerana dapat cucian kereta percuma selepas servis dan juga menyediakan sarapan pagi percuma. Kemudian saya ke bandar untuk membeli barang makanan. Saya membeli barang untuk membuat kek batik dan sambal hitam tomato. 

Selesai membeli barang, saya dan kawan baik saya ke pusat membeli-belah. Kami menonton wayang King Arthur pukul 2.30pm dan Fast and Furious 8 pukul 9.30pm. Sementara menunggu waktu siaran kami makan tengahari di Kemaman Kopitiam dan makan malam di restoran baru di bandar. Kami juga mengisi masa dengan window shopping. Kedua-dua wayang menarik minat saya untuk menonton sehingga habis. Saya antara orang yang mudah mengantuk jika jalan cerita wayang tidak menarik. 

Hari ahad saya bangun tidur pukul 11am. Selepas mandi dan makan, saya memasak dua resipi iaitu kek batik dan sambal hitam tomato.Saya mula buat kek batik kerana mudah untuk membuatnya. Kul 1pm saya mula membuat sambal hitam tomato.Resipi ini memakan masa selama 4 jam kerana perlu menggunakan api yang kecil agar ia tidak hangus. Ia memerlukan masa dan kesabaran yang tinggi. Siang saya dihabiskan dengan memasak.Semasa menunggu siap masak, saya sempat melipat pakaian dan menyerika baju kurung 5 pasang untuk bekerja selama seminggu.  Waktu malam pula saya membasuh pakaian.Saya rasa letih dan seronok kerana dapat membuat resipi yang saya hajati. Saya lebih suka membuat sendiri agak menepati citarasa saya sendiri. 

Advertisements