Cuti Umum

Selepas balik dari Perth, saya rasa demam, batuk dan selesema. Saya ke klinik dua kali.Suhu badan tinggi sedikit,tekanan darah naik sedikit dan saya rasa pening kepala. Doktor bekalkan bersama antibiotik.Saya telah makan ubat antibiotik selama 10 hari.Hari ini saya kurang sikit batuk berbanding sebelum ini. Saya banyak berehat di rumah kerana tidak sihat. Saya masih bekerja kerana suhu naik ketika waktu malam.Saya menjadi penceramah selama beberapa minggu dengan batuk teruk dan suara serak dan ada ketika suara tidak keluar. Hujung minggu baru ini saya ke bandar untuk membuat rawatan muka dan inai rambut. Selepas itu saya membeli baju kurung 2 pasang untuk hari raya tahun ini.Saya akan membeli baju raya sebelum bulan puasa. Selepas itu saya makan tengahari. Kemudian saya membeli cermin mata hitam dan kuning untuk tujuan memandu kenderaan.Saya juga menukar lampu kereta yang rosak. Saya juga membeli barang rumah.

Selesai urusan, saya berjumpa dengan sahabat baik saya.Kami menonton movie the guardian of the galaxy vol 2 di pawagam.Cerita ini menarik seperti yang pertama.Kita akan lebih faham cerita sekiranya pernah tengok yang pertama. Sementara menunggu waktu movie, kami makan malam dan saya membeli barangan lain.

Minggu ini juga ada cuti umum yang bersambung dengan hujung minggu. Saya banyak berehat di rumah, saya ada terlintas untuk pergi melancong tetapi kawan saya kekurangan budget. Jadi saya menunda niat untuk melancong.  Beberapa hari cuti saya akan bangun lewat ada kalanya kul 12 tengahari.Saya rasa penat sepanjang masa. Ada masa saya rasa buntu. Apa yang patut saya lakukan untuk saya kembali cergas.

Semalam saya menonton 3 movie di rumah sambil berehat iaitu J-revolusi, kimchi untuk awak dan the silenced (korea). Kemudian saya memasak nasi goreng sardin.Baru hari semalam saya rasa berselera untuk makan. Hari ini merupakan janjitemu doktor psikiatri. Saya menceritakan keadaan saya, saya masih bermimpi yang tidak elok seperti orang ingin membunuh saya dan saya kerap kali terjaga dari tidur kenana mimpi buruk. Janjitemu seterusnya 1 bulan dari sekarang dan doktor bekalkna ubat untuk 1 bulan. ubat yang saya makan sekarang ialah Quetiapine Fumarate 500 mg Extended Release Tablet, Mirtazapine 45mg Orodispersible tablet dan lorazepam 1mg tablet.  ubat untuk gastrik saya makan ranitidine 150 mg tablet. Untuk sakit ACS (Acute Coronary Syndrome) saya makan ubat propranolol hcl 40mg tablet, simvastatin 40 mg tablet, acetylsalicylic acid soluble 300 mg tablet dan clopidogrel 75mg tablet. Sehari saya makan sejumlah 8.5 biji pil.

Hari ni saya berjaya bangun sahur pukul 4.30am. Saya makan nasi goreng sardin yang saya masak malam semalam. Petang selepas balik kerja saya ingin membeli makanan di pasar malam di bandar. 1 hari lagi saya perlu ganti.Saya bercadang untuk berpuasa hari khamis minggu ini.Harap saya dapat menghabiskan puasa saya sebelum bulan ramadhan ini. Saya selalu puasa 6 hari di bulan syawal dan selebihnya saya akan berpuasa di bulan syaban sebagai persediaan untuk puasa di bulan ramadhan. Hari ini saya habiskan waktu rehat menulis blog dan tidur seketika. Seronok rasanya dapat menggantikan puasa yang tetunggak.